
Kisah Menteri Pertahanan Korea Utara Yang Dihukum Tembak Hanya Kerana Tertidur Dalam Mesyuarat
Di dunia, Korea Utara memang terkenal dengan sistem pemerintahan diktaktor sehingga digeruni ramai. Pemimpin adalah pemerintah tertinggi yang wajib semua orang hormati, sehinggakan adanya pelbagai arahan dan peraturan yang dilihat seperti tidak masuk akal oleh negara lain termasuklah hukuman untuk mereka yang tertidur dalam mesyuarat.
BACA: Pelajar Tadika Di Korea Utara Wajib Belajar Selama 90 Minit Subjek Kehebatan Kim Jong-un
Pada 30 April 2015, Menteri Pertahanan Korea Utara, Hong Yong-Chol telah dihukum tembak menggunakan senjata anti -pesawat atas kesalahan tertidur semasa dalam mesyuarat.
Yong-Chol yang dilantik sebagai Ketua Tentera Korea Utara pada tahun 2012 dikatakan turut tidak menghormati Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong-un dengan beberapa kali menjawab balik kata-kata Jong-un semasa dalam mesyuarat pertemuan tentera.
Beliau yang sudah menjadi Jeneral tentera sejak 2010 dan berkhidmat dalam upacara pengebumian bapa Jong-un, Kim Jong-il kemudiannya telah ditembak di hadapan ratusan pegawai lain di Akademi Ketenteraan Kang Kon, Pyongyang sebagai peringatan supaya kejadian tersebut tidak lagi diulangi di masa akan datang.
Walaupun laporan berita Korea Utara adalah mustahil untuk disahkan secara bebas, namun agensi media Korea Selatan kemudiannya telah mendedahkan buat pertama kalinya gambar satelit dari Jawatankuasa Hak Asasi di Korea Utara berkenaan pelaksanaan hukuman tersebut.
Insiden tersebut telah menimbulkan kemarahan orag ramai yang menyifatkannya sebagai kejam kerana badan mangsa yang dihukum akan hancur berkecai ditembak, tambah pula kedudukan Yong-chul hanya 100 kaki dari senjata tersebut.

Jawatan Kuasa Hak Asasi di Korea Utara percaya ini bukanlah kali pertama senjata anti pesawat digunakan sebagai hukuman di Korea Utara kerana hasil daripada imej satelit pada Oktober 2014 turut menunjukkan perkara sama.
Sebelum ini di Korea Utara, kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun perlu mengikut kelas ‘Pendidikan Agung’ selama 30 minit setiap hari yang mana silibusnya adalah mengenai datuk dan ayah Jong-un.
Namun selepas Jong-un memerintah, kandungan kurikulum diubah dengan menceritakan mengenai perjalanan hidup Jong-un ketika berusia lima tahun, antaranya beliau merupakan seorang anak yang bijak, gemar membaca dan menaiki kapal layar.
Trending now



