
‘The Eagle’ Bersara, 5 Atlet Muslim MMA Ini Diramal Jadi Penerus Legasi Khabib Nurmagomedov
Pengumuman bintang seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov untuk bersara daripada kariernya semasa namanya sedang berada di puncak nyata mengejutkan ramai. Ramai juga yang tertanya-tanya siapakah yang akan menjadi penerus legasi kejuaraan Khabib selepas ini.
“Hari ini hari terakhir saya bertarung dalam UFC. tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah.
Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.
Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya.”
Terkenal dengan jolokan gelaran ‘The Eagle’, Khabib yang mencipta rekod bertarung tanpa kekalahan (29-0) dihormati dan dipandang tinggi kerana sentiasa mengingatkan orang ramai kepada Tuhan Yang Maha Satu dengan perlakuan dan perbuatannya.

Kejayaan Khabib menumpaskan Justin Gaethje dalam pertarungan UFC 254 di Abu Dhabi 25 oktober lalu disambut dengan tangisan penuh emosi kerana ini merupakan perlawanan pertama beliau tanpa kehadiran ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov yang meninggal dunia pada 3 Julai lalu akibat dijangkiti COVID-19.
BACA: Khabib Ubah Gudang Arak Jadi Akademi MMA Terbesar Di Dagestan
Respect. #UFC254 pic.twitter.com/pgS1YhI2CF
— UFC (@ufc) October 24, 2020
Selepas Khabib bersara, lima atlet Muslim MMA ini menjadi perhatian dan dijangka bakal menjadi penerus legasi kejuaraan Khabib. Ini nama-nama yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nazmie Samarahan.
1. Usman Nurmagomedov

Sepupu kepada Khabib ini mencuri perhatian apabila berjaya menewaskan Jerry Kvarnstrom dalam tempoh masa 40 saat. Sudah pun melakar 11 kemenangan sempurna (11-0), Usman, 23 tahun turut menerima tunjuk ajar daripada Abdulmanap dan Khabib.
2. Umar Nurmagomedov

Umar, 25 tahun juga merupakan sepupu Khabib telah mencatatkan kemenangan sempurna (12-0). Dalam tempoh masa dua tahun sahaja, Umar berjaya membina nama yang besar dalam dunia MMA.
3. Islam Makhachev – Penerus Legasi Khabib yang disebut

Berusia 29 tahun, Islam Makhachev yang merupakan rakan Khabib berjaya menang 18 daripada 19 perlawanannya (18-1), yang mana satu kekalahan adalah ketika beraksi dengan Adriano Martins pada 3 Oktober 2015. Khabib pernah menyatakan hasrat untuk Islam menjadi penerus legasi kejuaraan beliau selepas beliau bersara dari dunia UFC.
https://www.youtube.com/watch?v=jJBDAgwHNkc
4. Zabit Magomedsharipov
Berusia 29 tahun, Zabit memegang rekod 18-1. Di awal kariernya, Zabit bertarung dan berjaya mengumpul rekod profesional 6-1 sebelum menandatangani kontrak dengan ACB.
5. Khamzat Chimaev
Khamzat, 26 tahun merupakan nama yang sering dibandingkan dengan Khabib mendapat perhatian dengan catatan rekod 9-0, terutamanya selepas mencatatkan aksi hebat di Abu Dhabi pada Julai lalu.
https://www.youtube.com/watch?v=fUoeCS9nP08
Trending now



