‘Work From Home’ PKPB, Ini Yang Perlu Anda Tahu 1

‘Work From Home’ PKPB, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri ismail Sabri Yaakob pada semalam (20 Oktober) telah mengumumkan arahan untuk pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan serta pengawasan untuk bekerja dari rumah atau pun work from home berkuat  kuasa 22 Oktober ini.

BACA: Tak Perlu ‘Panic Buying’, Ini Panduan Ringkas Apa Yang Buka Dan Tutup Sepanjang Tempoh PKPB

Bakal melibatkan sejuta pekerja, arahan berkenaan dikeluarkan adalah bertujuan untuk mengurangkan pergerakan di kawasan-kawasan merah sekalgus bagi memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19.

'Work From Home' PKPB, Ini Yang Perlu Anda Tahu
Sumber: Malay Mail

Namun kenyataan yang dibuat Ismail Sabri tidak jelas sehinggakan Presiden Kongsres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa agar kerajaan memperincikan golongan pekerja dan kakitangan bagi mengelakkan kekeliruan.

Yang terbaharu, Kementerian Perdaangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi menterinya, Dato; Seri Mohamed Azmin Ali telah mengeluarkan butiran terperinci mengenai sektor ekonomi yang disaran untuk mempertingkatkan amalan bekerja dari rumah bagi pengurusan dan penyeliaan.

25% (776,135) daripada pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah diwajibkan untuk bekerja dari rumah (work from home) bermula 22 Oktober, namun:

  • maksimum 10% pekerja merangkumi antaranya tugasan yang melibatkan perakuanan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat
  • masa di pejabat dihadkan selama empat jam sahaja bermula 10 pagi hingga dua petang untuk tiga hari seminggu
  • syarikat tak perlu kemukakan permohonan
  • majikan hanya perlu keluarkan surat pelepasan bagi setiap kakaitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB
  • majikan perlu tetapkan garis panduan yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat

Jabatan Perkhidmatan Awam

‘Work From Home’ PKPB, Ini Yang Perlu Anda Tahu 2

‘Work From Home’ PKPB, Ini Yang Perlu Anda Tahu 3
‘Work From Home’ PKPB, Ini Yang Perlu Anda Tahu 4