PDRM Sahkan Addy Kana Tak Terlibat Dalam Macau Scam, Jadi Apa Peranan Beliau 2

Peranan Addy Kana Dalam Sindiket Macau Scam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China. Jadi apa sebenarnya peranan Addy Kana?

Peranan Addy Kana

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, Addy Kana dan Goh Leong Yeong @ Alvin hanya bertindak sebagai koordinator atau ejen yang menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet.

Memberitahu kepada media Sinar Harian, pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat tersebut menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam.

Dakwaan bahawa kedua-dua mereka terlibat dengan Macau Scam adalah tidak tepat kerana ianya dilakukan sindiket penipuan laon.

Addy Kana dibebaskan?

Menafikan dakwaan bahawa Addy Kana dilepaskan, Huzir menjelaskan Addy Kana sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.

PDRM Sahkan Addy Kana Tak Terlibat Dalam Macau Scam, Jadi Apa Peranan Beliau

Tambah Huzir, pihak PDRM juga bakal menjelaskan kegiatan penipuan yang dijalankan dua individu tersebut bagi mengelakkan salah faham berlaku dalam kalangan rakyat tempatan berkenaan.

Penafian

Ini juga membawa kepada penafian bahawa satu video perbualan telefon yang disebarkan secara meluas di media sosial antara dua lelaki yang kononnya mangsa dan dalang penipuan berkaitan dengan dua individu tersebut.

“Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong @ Alvin yang melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau agen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga negara China yang diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh rakyat China.”

BACA: Sindiket Macau Scam Di Malaysia Ditangkap, Kenali Teknik Dan Sistem Jenayah Kolar Putih Ini

Terdahulu, pada awal Oktober lalu, media melaporkan lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan sindiket Macau Scam di Malaysia.

Antara kelima-lima suspek, salah seorangnya dikenali ramai kerana sering menunjukkan kehidupan yang serba mewah dan terkenal dalam kalangan selebriti popular tanah air.