Cari Lagu Google Dengan Humming

Tak Perlu Pening Lagi, Ini Cara Cari Lagu Di Google Dengan ‘Humming’ Sahaja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cara Cari Lagu Di Google Dengan ‘Humming’ Sahaja

Pastinya anda pernah berhadapan dengan situasi yang mana apabila ingin mencari sesuatu lagu, anda tidak tahu nama penyanyi, judul malah liriknya pun sudah lupa.

Berterima kasih kepada enjin carian terbesar, Google melalui acara Search On telah memperkenalkan fitur baharu untuk anda mencari lagu tanpa menaip lirik, nama artis, atau judul lagu.

Hanya perlu humming untuk mencari lagu

Jika sebelum ini, anda boleh cari tajuk lagu dengan hanya menggunakan lirik, tapi fitur terbaharu yang diperkenalkan oleh Google, kini anda boleh ‘Hum To Search’ untuk mencari lagu kegemaran anda.

Fitur terbaharu ini anda boleh gunakan melalui aplikasi Google. Jadi anda perlu kemaskini versi terbaharu melalui Playstore atau iOS.

Caranya mudah sahaja, anda boleh mencari lagu yang pernah anda siulkan tetapi sudah lupa melalui humming, bersiul atau menyanyikan lagu tersebut dengan irama yang tepat supaya Google dapat mengesan rentak lagu kemudian menyenaraikan lagu-lagu yang berkaitan dengan bunyi yang anda siulkan.

Cara Cari Lagu Di Google Dengan ‘Humming’

Untuk mencari fitur ini, hanya perlu masuk ke aplikasi Google yang telah dikemaskini, kemudian tekan pada ikon mikrofon dan klik pada butang ‘Search for a song’.

Anda juga boleh menggunakan Google Assistant dan bercakap, ‘Hey Google, what’s this song?’

Seterusnya, boleh mula humming atau bersiul sekitar 10 hingga 15 saat. Kemudian, algoritma mesin pembacaan akan mula mengenal pasti padanan lagu yang berpotensi.

Cari Lagu Google Dengan Humming

Buat masa ini, fitur ini tersedia lebih daripada 20 bahasa. Sama ada lagu bahasa Inggeris, lagu Melayu, Indonesia, Korea, Arab, Hindustan dapat dikesan Google.

Menurut Google, pihaknya akan menghadirkan lebih banyak bahasa yang akan menyokong fitur ini pada masa akan datang.

Jadi, sudah tak perlu pening lagi memikirkan lagu apa yang anda mahu cari tetapi tak tahu tajuk lagu mahupun liriknya.

Sumber: Metro

Anda boleh baca artikel lain di bawah:

BACA: Cara Tukar Ikon Instagram Kepada Versi Klasik Dan Lain-Lain