Tempoh ‘Lunch Break’ Di Sepanyol Paling Panjang Di Dunia

Tempoh ‘Lunch Break’ Di Sepanyol Paling Panjang Di Dunia

Demi keseimbangan hidup masyarakat di Sepanyol, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah yang didapati berkesan antaranya pemberian cuti panjang dan pengurangan waktu kerja, temasuklah waktu rehat yang panjang.

BACA: Hentikan Stereotaip, Sekolah Di Sepanyol Perkenal Silibus ERT Khas Untuk Pelajar Lelaki

Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan prduktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Di kebanyakan negara, waktu rehat makan tengah hari adalah satu jam, namun di Sepanyol masa yang diberikan adalah tiga jam, kebiasaannya bermula pada jam dua petang dan berakhir pada jam lima petang.

Tempoh 'Lunch Break' Di Sepanyol Paling Panjang Di Dunia
Sumber: Forbes

Menurut Profesor Nuria Chinchilla dari Universiti Navarra, tempoh masa rehat yang lama ini adalah sesuatu yang mengarut kerana telah menyebabkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan rakyat terjejas.

Tradisi rehat yang panjang yang digelar sebagai siesta ini sebenarnya sudah bermula sejak daripada tercetusnya Perang Saudara Sepanyol pada tahun 30-an lagi.

Pada ketika itu, pekerja terpaksa menjalankan dua pekerjaan demi untuk menyara kehidupan di bawah pemerintahan diktaktor,  Francisco Franco. Namun selepas Sepanyol mula mengamalkan sistem demokrasi, sistem siesta ini tidak lagi wujud namun masih diamalkan penduduk.

Dalam tempoh waktu yang lama itu dahulunya digunakan untuk pekerja berehat sebelum memulakan syif seterusnya telah digantikan dengan satu perjumpaan bersama rakan-rakan dan keluarga, hanya 18% sahaja yang menggunakannya untuk berehat.

Tempoh 'Lunch Break' Di Sepanyol Paling Panjang Di Dunia

Ini menjadikan waktu kerja di Sepanyol yang bermula antara jam sembilan ke 10 pagi rata-ratanya akan berakhir antara jam lapan dan sembilan malam.

Di Sepanyol juga wujudnya satu undang-undang yang menyatakan bahawa waktu kerja di Sepanyol boleh ditambah kepada satu tempoh masa yang tidak ditetapkan bagi membolehkan lebih banyak masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan kerja.

Bagi Chinchilla, tempoh masa rehat yang panjang menyebabkan waktu kerja menjadi lebih lama sehingga boleh menyebabkan keluarga dan kesihatan diri terabai jika melihat daripada sudut pandang jauh.

Namun disebabkan sistem siesta ini sudah diamalkan sejak berabad lamanya, proes untu memansuhkannya dilihat agak mencabar dan memerlukan perancangan rapi bagi mengelakkan ianya menjadi semakin parah.

Sudah beberapa kali kerajaan yang menang pilihan raya menjanjikan pemansuhan sistem ini, namun sehingga kini masih lagi tiada perubahan yang berlaku.

Selain Sepanyol, terdapat beberapa negara lain yang turut mempunyai masa rehat makan tengah hari paling lama, iaitu:

  • Tiga jam – Greece
  • Dua jam – Perancis, Brazil, China
  • Satu jam 30 minit – Itali