Punca Kenapa Selangor Gangguan Air

Ini Sebab Kenapa Selangor Sering Alami Masalah Gangguan Bekalan Air

‘Bagaikan acara bulanan’, itulah gambaran yang diberikan netizen dengan luahan rasa kecewa dan geram berikutan masalah gangguan bekalan air di negeri Selangor.

Ramai mempersoalkan mengapa masalah itu berulang dari tahun ke tahun dan memohon pihak berkaitan agar menangani isu berkenaan dengan bertanggungjawab.

Menurut kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dikerah untuk mengenal pasti punca pencemaran yang menyebabkan lebih sejuta akaun pengguna di beberapa kawasan di Lembah Klang terjejas.

Siasatan sebelum ini mendapati modus operandi suspek adalah melupuskan bahan cemar ke sungai pada hujung minggu serta di antara waktu tengah malam sehingga awal pagi.

Terdahulu, Air Selangor dalam satu kenyataan media pada Isnin memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku melibatkan lebih 1 juta akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Ia berikutan LRA Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas ekoran terdapat pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2.00 pagi.

Punca Kenapa Selangor Gangguan Air
Sumber: Media Permata

Susulan masalah yang terpaksa penduduk Selangor hadapi, seorang pengguna media sosial, Faisal Rahim berkongsi punca-punca isu gangguan air terjadi di negeri itu.

Punca Kenapa Selangor Gangguan Air
Sumber: Twitter
Punca Kenapa Selangor Gangguan Air
Sumber: Twitter
Punca Kenapa Selangor Gangguan Air
Sumber: Twitter
Punca Kenapa Selangor Gangguan Air
Sumber: Twitter

Masalah paip pecah dan usang

1. Paip air di Selangor ni dah berusia puluhan tahun. Diurus oleh syarikat berbeza2. Ada yg bagus, ada yg tak.

2. Tapi sekarang semuanya bawah Air Selangor. Mereka kena tukar semua paip. Tapi perlukan masa sebab ada beribu km paip dan perlu billion RM.

Selagi kita semua guna air hujan, sungai dan empangan untuk bekalan air bersih, selagi itu masalah ini akan berterusan.

Negeri lain kurang bermasalah sebab kurang pembangunan berbanding di Lembah Klang. PBT, LUAS dan Air Selangor adalah tiga pihak yang bertanggungjawab.

Katanya, masalah sungai, pencemaran bau dan kimia di sungai bukan masalah pihak Air Selangor, tetapi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan LUAS.

Jika mahu membuat dakwaan, PBT perlulah pro-aktif mencari kilang haram. Manakala masalah paip pecah atau usang itu baru di bawah kuasa Air Selangor.

Sumber: Twitter Faisal Rahim