Malaysia ‘Raja’ Pasaran Rokok Seludup Dunia 1

Malaysia ‘Raja’ Pasaran Rokok Seludup Dunia

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global apabila sebuah firma peneraju kajian strategik pasaran, Euromonitor International meletakkan pasaran rokok seludup di Malaysia adalah sebagai yang terbesar di dunia.

BACA: 9 Cara Murah Dan Mampu Berkesan Kurangkan Ketagih Merokok

Menurut Ketua Kanan Penyelidikan Tembakau Euromonitor International, Shane MacGuill, hampir 65% daripada keseluruhan pasaran tembakau di Malaysia adalah rokok tidak sah pada 2019 yang membawa kepada pecahan dua per tiga.

Daripada ratusan pasaran yang diteliti Euromonitor International di seluruh dunia, hanya 10 pasaran tembakau memiliki tahap perdagangan rokok seludup melebihi 30% dan daripada jumlah tersebut, Malaysia adalah negara tertinggi dan ke-8 terbesar di dunia dari segi jumlah rokok seludup.

Perokok Tegar 1

Kajian mendapati kejadian rokok seludup paling bayak berlak di kawasan Malaysia timur – Sarawak mencatatkan penembusan paling besar *83.5%) diikuti Sabah (81.3%).

Manakala di Malaysia barat, negeri Kelantan mencatatkan peratusan paling tinggi diikuti dengan Terengganu dan Pahang, masing-masing membawa peratusan 78%, 76.5% dan 72.5%.

Peratusan negeri-negeri lain di kawasan pantai barat adalah seperti berikut:

  • Selangor – 56.4%
  • Kedah – 55.2%
  • Pulau Pinang – 54.5%
  • Melaka – 52.4%
  • Kuala Lumpur – 5.8%
  • Perak – 46.2%
  • Johor – 43.9%
  • negeri Sembilan – 43.6%
  • Perlis 39.3%

Pada tahun 2019, Malaysia turut mencatatkan ‘kejayaan’ sebagai juara pasaran rokok seludup dunia.

Kegiatan penyeludupan yang membabitkan 60% pasaran rokok di Malaysia menyebabkan kerajaan telah mengalami kerugian pendapatan RM5 bilion dalam masa setahun akibat cukai tidak terkutip.

Pengarah Urusan Japan Tobacco International Bhd (JTI), Cormac O’Rourke berkata perdagangan rokok seludup di Malaysia terus berleluasa dan melonjak dengan ketara dalam tempoh empat tahun lepas dengan sekurang-kurangnya enam daripada 10 rokok yang dihisap di Malaysia adalah kontraban – 62.3% (2019) dan 58.9% (2018).

Malaysia ‘Raja’ Pasaran Rokok Seludup Dunia

Berdasarkan perangkaan JTI, dianggarkan 12.2 bilion batang rokok seludup telah dijual dan dihisap di Malaysia pada tahun 2019 diikuti Uganda dan Brazil.

Disebabkan harga yang jauh lebih murah dan mudah diperoleh, pasaran rokok seludup di Malaysia terus laris dengan harga semurah RM5 sekotak berbanding produk tembakau sah yang dibayar cukai.

Jika trend ini berterusan, dengan statistik perokok sebanyak lima juta di Malaysia, maka tak mustahil dalam tempoh masa beberapa tahun lagi, pasaran rokok Malaysia akan ditakluk oleh produk tembakau haram ini.

Bermula Januari hingga Jun 2020, Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mematahkan cubaan menyeludup 456.03 juta batang rokok berbanding tempoh sama tahun 2019 yang cuma 236.2 juta batang rokok.