Cara Jimat Bil Elektrik Guna Air Cond Di Rumah

5 Tip Jimat Bil Elektrik Di Rumah Walaupun Guna ‘Air Cond’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tip Jimat Bil Elektrik Di Rumah Walaupun Guna ‘Air Cond’.

Rata-rata setiap isi rumah menggunakan sekurang-kurangya satu penyaman udara (air cond) dan kita semua sedia maklum bahawa air cond antara barang elektik yang banyak menggunakan tenaga elektrik.

Jika kita boleh kurangkan penggunaan aircond, secara tidak langusng kita juga boleh jimatkan duit daripada bayar bil elektrik yang melambung. Lebih lama kita berada di rumah, lebih banyak kita menggunakan tenaga elektrik, bukan?

Jadi, bagaimana cara untuk menjimatkan elektrik dengan penggunaan air cond. Ikuti 5 tip jimat bil elektrik yang boleh dilakukan bagi mereka yang guna air cond di rumah.

Cara Jimat Bil Elektrik Guna Air Cond Di Rumah

1. Beli air codnd pada HP (Horsepower) yang mencukupi

Lebihkan sedikit HP. Cara kiraannya (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap air cond 0.5HP sudah cukup sebab bilik kecil.

Sebenarnya yang paling sesuai ialah air cond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP jadi over power pula. Tujuannya untuk kita kurangkan pergerakan kompresor.

Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi elektrik digunakan. Jadi, kalau boleh kita mahu kompresor cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat menjimatkan elektrik.

2. Gunakan air cond yang ada teknologi inverter

Inverter bertujuan untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, jadi dapatlah kita jimat elektrik.

Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Bagi yang guna inverter, tak payah gatal tangan on off aircond kerap sangat.

Inverter hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang, kebiasaannya selepas empat jam.

Cara Jimat Bil Elektrik Guna Air Cond Di Rumah

3. Setkan air cond pada cara yang betul

Cara ini majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat. Misalnya, 23 darjah celcius, kipas set level 2 out of 4. Kemudian, biar sehingga pagi esoknya baru tutup.

Cadangan yang sebaiknya ialah, apabila sampai rumah, buka air cond pada suhu terendah – misalnya 16 darjah celcius dan kipas yang paling kuat (level 4) dan biarkan bilik itu selama lebih kurang antara 30 ke 45 minit.

Kemudian, setkan pada suhu 26 darjah celcius atau 25 darjah celcius kerana ia adalah suhu yang sesuai untuk tidur. Kipas pula setkan separuh (level 2 out of 4). Apabila kita guna air cond, bahagian paling banyak guna elektrik ialah apabila buka suis.

Jadi, kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Maka, kalau kita set air cond pada setting yang sama dalam satu hari, kompresor akan kerja lebih.

Kalau kita set seperti yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor itu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.

4. Jangan selalu on dan off

Ini sering berlaku ketika tidur. Apabila rasa sejuk saja, terus tutup air cond tapi ketika rasa panas kita buka semula. Jika kerap kali buka dan tutup suis, banyaklah pembaziran elektrik yang berlaku.

5. Servis air cond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali

Paling ‘pemalas’ pun, buatlah dalam setahun sekali. Air cond yang tidak diservis akan membuatkan ia sudah tidak berapa sejuk seperti pertama kali menggunakannya.

Jadi, secara tidak langsung kita akan kerap tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis, padahal penapis saja yang kotor.

Jika sudah terlalau lama tidak servis, air cond juga akan rosak. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai. Maka, jadilah pengguna yang bijak.

Sumber: Fazlie Idris

Ini pula tip sejukkan ruang rumah tanpa perlu guna air cond.

BACA: 3 Cara Mudah Sejukkan Ruang Rumah Tanpa Perlu Guna ‘Air Cond’