‘Medical Card’ Terbaik Tak Wujud! Ini 5 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu 4

Medical Card Terbaik Tak Wujud! Ini 5 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Ambil

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malang memang tidak berbau. Walaupun sudah mengamalkan hidup sihat, seseorang itu teta bedepan dengan risiko yang melibatkan kesihatan. Bagi yang berkemampuan, Medical Card atau Kad Perubatan ini sudah disertakan sekali dalam Pelan Takaful. Tapi wujud ke medical card terbaik?

BACA: Takaful Sebenarnya Tidak Buat Anda Kaya

Untuk yang kurang berkemampuan pula, memiliki Kad Perubatan ini mungkin tidak nampak ada keperluannya kerana merasakan masih boleh ke klinik atau hospital kerajaan.

Terdapat lima (5) perkara yang perlu anda faham supaya tidak ‘tertipu’ dengan perkataan medical card terbaik.

1. Jenis perlindungan – Tahunan atau Seumur Hidup

Terdapat dua jenis perlindungan yang terdapat dalam medical card iaitu perlindungan tahunan atau pun perlindungan seumur hidup.

Perlindungan tahunan:

  • Jika had tahunan perubatan adalah RM100,000, maka pemegang polisi hanya boleh menuntut nilai RM100,000 sahaja pada tempoh tahun tersebut. Jika melebihi, maka kos lebihan akan ditanggung sendiri.
  • Tahun pertama – Jumlah kos rawatan: RM 120,000
    Manfaat pelan membayar: RM 100,000
    Pemegang polisi membayar: RM 20,000

    Tahun kedua – Jumlah kos rawatan: RM  100,000
    Manfaat pelan membayar: RM 100,000
    Pemegang polisi membayar: RM 0

Perlindungan seumur hidup:

  • Had seumur hidup adalah had maksimum jumlah manfaat yang diperuntukkan terhadap kos rawatan pemegang polisi sepanjang hayat beliau selagi medical card masih berkuat kuasa.
  • Pelan perubatan akan tamat secara automatik sekiranya manfaat pelan yang dibayar sudah mencapai had seumur hidup pemegang polisi.
  • Ada sesetengah pelan tiada menghadkan jumlah manfaat seumur hidup terutamanya pelan standalone.

‘Medical Card’ Terbaik Tak Wujud! Ini 5 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu

2. Co-Takaful atau Full Payment?

Co-Takaful adalah di mana pemegang polisi perlu menanggung sebahagian daripada kos perubatan. Premium bagi pelan co-takaful adalah lebih rendah daripada pelan tanpa co-takaful.

Contohnya, dengan co-insurans, premium bulanan adalah RM200. Jika kos perubatan bernilai RM5,000 pelanggan perlu menanggung sebahagian daripadanya, bergantung pada peratusan.

Tanpa co-takaful, premium bulanan adalah RM300. Jika kos rawatan adalah RM5,000, bil pemegang polisi akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans.

Risiko pada syarikat insurans yang lebih tinggi bagi pelan tanpa co-takaful, maka menyebabkan pelanggan terpaksa membayar premium yang lebih tinggi.

  • Premium co-takaful lebih rendah tapi berisiko tinggi jika berlaku tuntutan kerana pelanggan perlu keluarkan wang sendiri untuk bayaran sebahagian bil perubatan.
  • Premium pelan tanpa co-takaful lebih tinggi tetapi jika berlaku tuntutan kesemuanya diuruskan syarikat insuran.

3. Pembaharuan – Tahunan atau Guaranteed?

Bagi medical card yang diperbaharui setiap tahun, pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Jika pernah membuat tuntutan, kemungkinan akan dikenakan caj tambahan, syarat pengecualian dan sebagainya sehingga boleh menghilangkan faedah medical card sehingga boleh menyebabkan kesukaran untuk memohon medical card baru melalui syarikat lain.

Medical card jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card sesuka hati atau menambah caj lain. Kecuali sekiranya pemegang polisi tidak melakukan pembayaran atau pun tuntutan sudah mencapai had.

4. Polisi Boleh Ubah atau Tetap

Jangan lupa semak sama ada polisi medical card adalah jenis yang boleh ubah atau tetap. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, klausa Portfolio Withdrawal Condition membenarkan syarikat insurans untuk tarik balik produk dengan pemberian notis 30 hari.

‘Medical Card’ Terbaik Tak Wujud! Ini 5 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu 1

5. Syarikat Sudah Sediakan Insuran Kesihatan

Sesetengah syarikat mungkin sudah ada menyiapkan insuran kesihatan, namun pada kebiasaannnya ianya hanyalah merangkumi tuntutan asas.

Jadi untuk nilai tambah, adalah lebih baik untuk anda miliki medical card sendiri untuk persediaan sekiranya berlaku kes-kes yang lebih parah.

Jika ditanya pada ejen takaful, kebiasaannya akan merekomendasikan syarikat mereka. Oleh itu penting untuk anda tahu faktor-faktor yang perlu anda pertimbangkan untuk kepentingan diri di masa hadapan.

Antara medical card yang patuh syariah ialah PruBSN Takaful, AIA Public Takaful, Great Eastern Takaful, AmmetLife Takaful, Zurich Takful dan sebagainya.