
Semakan Dan Permohonan BPN 2.0 Boleh Dibuat Mulai 15 Oktober Ini
Bagi meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 di Malaysia, kerajaan Perikatan Nasional telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) kepada golongan berpendapatan B40 dan M40. Ini cara semak kelulusan BPN 2.0.
Penerima BPN 2020
Pemberian BN 2.0 adalah berdasarkan kepada pangkalan data penerima BPN 2020 sebelum ini. Jadi sekiranya anda adalah penerima BPN 2020, tidak perlu memohon baharu, sebaliknya cuma semak status kelulusan BPN 2.0 DI SINI.
Bukan penerima BPN 2020
Sekiranya anda merupakan pemohon baharu, permohonan boleh dibuat secara dalam talian sepanjang tempoh masa sebulan menerusi laman web BPN bermula 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.
Jumlah bayaran BPN 2.0
Tarikh pembayaran BPN 2.0
- Fasa pertama – penghujung Oktober 2020
- Fasa kedua – Januari 2021
Umur yang layak memohon
- Lahir pada tahun 1999 dan ke bawah
Pasangan penerima BPN 2020 dan telah bercerai
- Permohonan baharu atau rayuan boleh dibuat mulai 15 Oktober di bawah kategori ibu atau bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.
Bujang dan telah berkahwin
- Permohonan rayuan boleh dibuat mulai 15 Oktober di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.
Menerima BPN 2020 dan ingin menolak BPN 2.0
- Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia
dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan, - Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah
pemulangan); dan - Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Maklumat lanjut
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara),
- HASiL Live Chat; dan
- Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas DI SINI.
Terdahulu, Kementerian Kewangan Malaysia pada 29 Mac lalu telah menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak dan memerlukan.
Trending now



