
Persediaan Memasuki Gelombang Ketiga Wabak Pandemik COVID-19 Di Malaysia
Kes tiga angka yang dicatatkan sejak 1 Oktober lalu nyata membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes ketika ini adalah fenomena permulaan (persediaan) untuk negara menghadapi gelombang ketiga.
BACA: Tiga Kali Catat Sifar Kes Tempatan Petanda Baik Malaysia Bakal ‘Bebas’ Tidak Lama Lagi
Bukan setakat di Malaysia, negara-negara luar turut mengalami keadaan yang sama, contohnya Korea Selatan.
Menurut Dr Noor Hisham, penting untuk kita semua yakni rakyat Malaysia bertindak dalam membendung virus pandemik ini daripada terus menular dengan lebih luas.
https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3728274020529792
Apa persediaan yang perlu kita buat selaku rakyat Malaysia dalam memasuki gelombang ketiga wabak?
- Tetap patuhi prosedur operasi standarad (SOP) yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kerap basuh tangan, amalkan penjarakan sosial, pakai topeng muka dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
- Elakkan 3S – SESAK, SEMPIT dan SEMBANG dekat.
- Dapatkan nasihat kesihatan sekiranya mengalami simptom seperti demam, batuk, sakit tekak dan selsema.
- Menggunakan aplikasi MySejahtera supaya mudah pihak berkuasa mendapatkan maklumat kesihatan selain daripada sebagai platform mendapatkan maklumat terkini.
Menyifatkan kluster baharu sebagai bahan api (bara) yang sedang membakar, Dr Noor Hisham menjelaskan untuk mencegah, tindakan pencegahan adalah penting sebelum kes meningkat naik.
Sekiranya tidak patuh, makan bahan api ini akan menyebabkan berlakunya pembakaran besar yang mana membawa kepada keadaan kesesakan pada hospital sehingga menyebabkan ketidakmampuan dalam merawat pesakit.

Jangan alpa dan terus mengamalkan norma baharu ini selagi tiada vaksin yang dibuktikan berkesan boleh memutus dan merawat rangkaian COVID-19 ini.
Awal Julai lalu, rakyat Malaysia sudah teruja menuju ke bebsa COVID-19 selepas Malaysia sebanyak tiga kali berjaya mencatatkan sifar kes dalam penularan tempatan.
BACA: Malaysia Sekali Lagi Dinobat Destinasi Kesihatan Terbaik Dunia
Pada ketika itu, gambar telur ayam banyak menghiasi media sosial bagi menyatakan sifar kes untuk jangkitan tempatan wabak pandemik COVID-19.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Berita Harian
Trending now



