
‘Topeng Besi’ Dipakaikan Untuk Wanita Kuat Membawang Pada Zaman Dahulu
Bergosip atau membawang memang sebenarnya merupakan tabiat manusia dari dahulu lagi. Yang membezakannya cuma cara ia dilaksanakan dan hukuman yang dikenakan ke atas tindakan kepada wanita (dan juga lelaki) yang kuat membawang ini.
BACA: Tradisi ‘Ikat Kaki’ Tanda Kekejaman Amalan Budaya China Pada Kaum Wanita
Jika dahulu, aktiviti membawang akan dilakukan semasa ‘bersidai’ di tingkap rumah jiran atau pun di bawah pokok, Namun kini dengan adanya teknologi, aktiviti membawang boleh dilakukan di mana-mana termasuklah di dalam tandas.
Selalunya hukuman bagi mereka yang gemar bergosip atau membawang ini hanya disandarkan kepada dosa dan pahala.
Akan tetapi tahukah anda, pada suatu ketika dahulu mereka yang ditangkap bergosip akan dikenakan hukuman?

Pada zaman Pertengahan, wanita yang ditangkap akan dikenakan hukuman memakai topeng muka besi yang dipanggil Scold’s Bridle.

Istilah Scold’s Bridle diambil daripada perkataan:
- Scold’s – perbuatan menghina yang dilihat sebagai menjengkelkan dan mengganggu (kebiasaannya menunjukkan kepada wanita)
- Bridle – penutup kepala atau topeng yang dipakaikan kepada kuda semasa penunggang mahu kuasa yang lebih dominan
Scold’s Bridle berbentuk seperti topeng muka yang mana di bahagian mulutnya ada besi kecil yang perlu mereka masukkan ke dalam mulut dengan tujuan menghalang pemakainya daripada bercakap.
Dan pemakainya ialah daripada wanita yang kuat membawang.

Ada di antara topeng ini akan diletakkan paku di kawasan mulut yang boleh menyebabkan paku mencucuk ke lidah sekiranya pemakainya cuba untuk bercakap.
Sekiranya seorang suami mengetahui isterinya terlibat dalam aktiviti membawang tersebut, mereka sendiri akan memakaikannya di muka isteri sebagai pengajaran.

Ada juga yang akan memasang loceng, membawa isteri mereka keluar mengelilingi kawasan kediaman dan menggalakkan orang ramai untuk mengeji serta meludah pada isterinya.
Menjelang akhir abad ke-16, tradisi hukuman ini semakin kurang popular sehinggalah ianya dihapuskan secara sepenuhnya menjelang penjajahan kolonis Amerika.
Sekiranya hukuman membawang ini tetap diteruskan sehingga ke hari ini, agak-agaknya ada tak istilah membawang ya?
Sumber:
Trending now



