Kegunaan Gel Silika Di Rumah

Jangan Buang, Ini 7 Kegunaan Gel Silika Membantu Beri Manfaat Di Rumah

7 Kegunaan Gel Silika Yang Bantu Beri Manfaat Di Rumah.

Kalau anda tidak tahu gel silika (silica gel) itu apa, ia adalah daripada paket kecil berbiji-biji yang selalu ada jika anda membeli kasut baharu.

Bukanlah saja-saja meletakkan gel silika di situ. Ia berfungsi untuk menjaga ruangan simpanan supaya tidak lembab sekali gus memastikan kondisi barang anda dalam keadaan baik.

Bukan sahaja boleh didapati pada barangan tetapi bungkusan kecil ini juga kadang-kala boleh dijumpai pada makanan ringan antaranya rumpai laut.

Ramai tidak tahu apakah peranan dan kegunaan gel silika ini, tetapi yang pastinya bukanlah untuk dimakan kerana sudah terang lagi bersuluh dilabel ‘jangan dimakan’.

Berikut adalah 7 kegunaan gel silika yang memberi manfaat untuk anda.

1. Bantu selamatkan nyawa telefon yang masuk air

Sebelum ini, cara popular selamatkan telefon pintar adalah dengan memasukkan ke dalam tong beras. Kali ini cuba masukkan telefon itu ke dalam plastik yang dipenuhi dengan gel silika.

Biarkan selama 5-6 hari agar ia benar-benar kering. Kemudian cuba buka telefon itu tadi.

2. Elak pisau cuku berkarat

Alat pencukur jika diletak dalam bilik air atau sering dilalu air akan cepat berkarat disebabkan kelembapan. Anda boleh elakkan perkara ini dengan menyimpan alat pencukur di dalam bekas kedap udara/ plastik bersama gel silika untuk pastikan ia kering.

Kegunaan Gel Silika Di Rumah

3. Barang kemas kekal berkilat seperti baharu

Sesetengah orang akan menyimpan barang perhiasan khas untuk kegunaan ke majlis keraian sahaja. Jadi, barang perhiasan ini akan menjadi lembab jika disimpan lama.

Bagi mengekalkan barang kemas sentiasa berkilat, letakkan sekali dengan gel silika.

4. Supaya gambar-gambar lama tak rosak

Meletakkan paket gel silika di dalam kotak yang terdapat gambar-gambar lama boleh mengelakkan gambar-gambar tersebut dari melekat-lekat. Tak adalah anda berasa sedih gambar-gambar nostalgia rosak.

5. Hilangkan bau tidak enak di bilik tidur

Ada masa bilik tidur kita akan berbau hingga menyebabkan kita rasa kurang selesa duduk dalam bilik. Jadi untuk mengelakkan bau tak enak ini, ambil gel silika kemudian keluarkan dari uncangnya dan masuk ke dalam bekas kecil.

Titiskan minyak pati yang kita suka seperti lavender. Hasilnya bilik akan berbau segar berpanjangan.

6. Hilangkan bau hapak di kasut

Jika sering memakai kasut sukan, sememangnya akan mengeluarkan bau hapak. Jadi, untuk mengelakkan bau tak enak itu gunakan gel silika untuk menyerap kelembapan sekali gus menghapuskan bakteria.

Selain itu, ia mampu menghilangkan bau hapak yang terdapat di dalam beg bersukan anda dan juga rak kasut.

7. Keringkan gula dan garam

Salah satu masalah besar di dapur adalah apabila gula dan garam ‘masuk angin’ dan menjadi lembab. Ia akan membuatkan garam dan gula berketul-ketul.

Jadi, masukkan pek gel silika ini untuk mengeringkannya semula dan ianya menyerap kesemua air tadi.

Gel silika juga boleh dibeli di kedai serbaneka seperti Daiso. Memang banyak pilihan yang ada yang dijual di situ.

Sumber: Sinar