Tempat Pakaian Terbuang Di KL

Rugi Buang Baju Lama Yang Masih Elok, Ini 5 Tempat Anda Boleh Derma

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rugi Buang Baju Lama Yang Masih Elok, Ini 5 Tempat Anda Boleh Derma.

Kain baju yang sudah penuh dalam almari hingga tidak dapat menampung had muatan lazimnya akan menyebabkan kita cuba membuang pakaian-pakaian lama.

Jujurlah, memang ramai dalam kalangan kita hanya tutup sebelah mata dan membuangnya begitu saja kerana sudah tak tahu di mana lagi hendak disimpan, bukan?

Akan tetapi, ketahuilah bahawa sebenarnya banyak pihak lagi yang memerlukan. Ini juga merupakan salah satu kebajikan yang anda boleh laburkan untuk saham akhirat, asalkan pakaian itu masih dalam keadaan elok.

Berikut merupakan senarai tempat derma pakaian terpakai di sekitar Lembah Klang.

1. Derma pakaian di H&M

Tempat Pakaian Terbuang Di KL

Peruncit pakaian terkenal H&M menerima apa sahaja kain fabrik terpakai tidak kira dari jenama apa. Caranya, pergi ke mana-mana butik H&M terdekat kemudian tanya di kaunter untuk hantar pakaian terpakai anda.

Hanya perlu seorang untuk 2 bunjut plastik sahaja diterima dan perlu disimpan dalam beg plastik, bukannya kotak. Mereka juga akan memberi anda baucar yang mana boleh digunakan untuk membeli barang di kedai H&M.

2. UNIQLO

Tempat Pakaian Terbuang Di KL
Sumber: Uniqlo Malaysia

Sejak 2014, UNIQLO Malaysia telah melancarkan program UNIQLO Recycle sebagai insiatif untuk membantu gelandangan yang memerlukan di Malaysia.

Pada 3 Oktober, peruncit pakaian terkenal itu mengumumkan rogram kebajikan mereka yang pertama dengan menyediakan pusat pakaian untuk gelandangan di sekitar ibu kota, yang mana semua pakaian yang disediakan adalah hasil sumbangan daripada pelanggan UNIQLO sendiri.

Sudut pakaian tersebut bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang mana pakaian kasual, pakaian sukan, kerja dan lain-lain untuk golongan yang memerlukan untuk mereka memulakan kehidupan baharu.

Sehingga kini, UNIQLO masih menyediakan program pakaian terpakai jenamanya. Boleh ke pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut cara-cara menderma pakaian.

3. Life Line Clothing Malaysia

Tempat Pakaian Terbuang Di KL

Sejak 2013, LLCM mengambil inisiatif mengumpul dan mengitar semula pakaian dan barangan lama yang tidak diperlukan lagi. Selain mengumpul pakaian, LLCM yang beroperasi di Pelabuhan Klang, berusaha memberi ‘nyawa kedua’ kepada pakaian serta barangan lama yang dikumpul untuk diguna semula atau dijual bagi tujuan amal.

Anda boleh membawa apa jenis fabrik lama yang masih elok ke tong-tong LLCM yang diletakkan di sekitar Lembah Klang, Bentong (Pahang), Teluk Intan dan Tanjung Malim (Perak) dan Muar, Johor.

Lokasi tong LLCM di sekitar Lembah Klang:

1. Recycling Centre, USJ 1, Subang Jaya, Selangor
2. Recycling Centre, USJ 17, Subang Jaya, Selangor
3. Recycling Centre, USJ 9, Subang Jaya, Selangor
4. Ampang Point Shopping Centre (Car Park), Kuala Lumpur
5. Taipan Open Air Car Park, Subang Jaya, Selangor
6. Faber Plaza–(Public Bank), Taman Desa, Kuala Lumpur
7. Malaysian Association for the Blind (MAB), Brickfields, Kuala Lumpur
8. Pasar Pudu Open Carpark, Kuala Lumpur
9. Plaza Jelutong, Bukit Jelutong, Shah Alam,Selangor

4. MONKI

Tempat Pakaian Terbuang Di KL

Peruncit pakaian dari Sweden, Monki turut mengumpul pakaian lama selain daripada jenamanya. Tetapi, mereka tidak menerima pakaian dalam seperti seluar dan lingerie.

Anda boleh membawa maksimum dua beg sehari, dengan minimum lima helai pakaian di setiap beg. Sebagai balasan, anda akan menerima baucar diskaun 10 peratus.

Boleh berkunjung di pautan ini untuk keterangan lanjut.

5. Kedai Bless

Tempat Pakaian Terbuang Di KL

Kedai Bless membawa konsep menjual semula barangan kitar semula dan barangan terpakai. Segala keuntungan penjualan akan diderma kepada kanak-kanak pelarian Myanmar, pusat pemulihan dadah dan orang-orang Asli.

Anda boleh menderma apa jenis pakaian, buku, beg, permainan di mana-mana cawangan Bless.

Lihat senarai cawangan Bless Shop di sini.

BACA: Pemuda Ini Kongsi Kenapa Perlu Cuci Pakaian Yang Baru Dibeli Sebelum Memakainya