
Lihat Keajaiban Replika Bahtera Nabi Nuh Yang Dibina Mengikut Saiz Sebenar
Gambar-gambar Replika Bahtera Nabi Nuh Yang Dibina Mengikut Saiz Sebenar.
Kisah tentang Nabi Nuh dan air bah yang diturunkan Tuhan merupakan salah satu kisah Nabi yang popular. Kisah ini juga pernah diangkat menjadi sebuah filem yang dikarang oleh orang Barat berjudul Noah.
Dalam filem tersebut menceritakan, Tuhan sangat marah kepada manusia, sehingga Dia ingin membersihkan bumi dengan memberi banjir besar.
Namun, kerana belas kasihan Tuhan kepada Nuh, Dia memberikan peringatan terlebih dahulu untuk membina sebuah bahtera besar sehingga dapat memuat sebanyak mungkin manusia dan binatang.
Disebabkan kisah Nabi Nuh turut menarik perhatian orang Barat, mereka membina replika yang sebesar saiz bahtera sebenar di Kentucky, Amerika Syarikat. Projek tersebut berharga AS $100 juta yang mana ia diperoleh daripada sumbangan orang ramai di seluruh dunia.
Replika bahtera Nuh ini dibina sesuai dengan spesifikasi yang tercantum dalam Kitab Ibrani. Bahtera ini memiliki panjang 510 kaki, lebar 85 kaki dan tinggi 51 kaki.
Bahtera ini dilengkapi dengan model binatang kayu, termasuk gorila, gajah dan badak sama seperti yang ada di dalam Kitab. Selain itu, turut ada dalam replika bahtera ialah kedai cendera hati dan restoran.
Imaginasi orang Barat membina replika bahtera Nabi Nuh seperti yang tertulis di dalam Kitab.
Alamat: Ark Encounter, Williamstown, Kentucky, AS
Harga tiket: $40 untuk dewasa; $31 untuk warga emas; $28 untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun; percuma untuk kanak-kanak 4 tahun dan kebawah.
Selain di Kentucky, ada lagi sebuah replika bahtera ini dibina di Netherlands oleh seorang tukang kayu, John Huibers.
Interpretasi bahtera seukuran bahtera Nuh menjadi daya tarikan popular di Dordrecht, Netherlands, tapi sayangnya itu sudah ditutup bagi pengunjung kerana perbezaan pendapat antara Huibers dan pihak pemerintah.
Kapal tersebut dilihat lebih unik kerana ia dibina di atas permukaan air, cumanya tidak boleh berlatar kerana tidak memiliki mesin penggerak.
Sumber: Liputan, Missionsbox, Lloyd Mallory
Trending now



