Kes Mona Fandey Tetap Jadi Fenomena, Masih Sensasi Biarpun Sudah 27 Tahun Berlalu 6

Kes Jenayah Mona Fandey Tetap Jadi Fenomena, Masih Sensasi Biarpun Sudah 27 Tahun Berlalu

Sebut sahaja nama Mona Fandey, ramai daripada kita masih tidak dapat melupakan kes jenayah yang melibatkan beliau.

Kes Mona Fandey Tetap Jadi Fenomena, Masih Sensasi Biarpun Sudah 27 Tahun Berlalu 1
Mona Fandey.

Pemilik nama Maznah Ismail (1956) ini merupakan seorang penyanyi dan bomoh wanita Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang selepas didapati bersalah membunuh bekas ADUN Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.

Kes Mona Fandey Tetap Jadi Fenomena, Masih Sensasi Biarpun Sudah 27 Tahun Berlalu 5
Datuk Mazlan.

Pada 13 Julai 1993, Datuk Mazlan Idris dikatakan telah menemui Mona Fandey bagi mendapatkan bantuan untuk meningkatkan kerjaya politik beliau dan mendaki tangga parti.

Mangsa kemudiannya telah dijemput untuk hadir ke rumah Mona Fandey dan pasangannya, Mohd Affandi Abdul Rahman untuk menyertai satu upacara ilmu hitam.

Dalam satu penceritaan, Mona Fandey memberitahu Datuk Mazlan telah diminta untuk baring di lantai dengan mata tertutup sambil menunggu wang untuk jatuh dari langit. Namun yang jatuh kemudiannya bukan wang tetapi sebilah kapak.

Datuk Mazlan dipancung, badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayat Datuk Mazlan kemudiannya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam di sebuah lubang yang disimen di sekitar rumah Mona Fandey.

Kes Mona Fandey Tetap Jadi Fenomena, Masih Sensasi Biarpun Sudah 27 Tahun Berlalu 1
Lokasi mayat Datuk Mazlan ditemui.

Sehari selepas kejadian tersebut, Mona Fandey telah pergi membeli belah di Kuala Lumpur dan membeli sebuah Mercedes Benz.

Kehilangan Datuk Mazlan dilaporkan pada 2 Julai 1993 selepas beliau didapati mengeluarkan sejumlah RM300,000 daripada akaun bank miliknya.

Hasil siasatan, pembantu Mona Fandey, Juraimi Hussin telah membuat kenyataan kepada pihak polis yang membawa kepada penemuan mayat Datuk Mazlan seterusnya pasangan suami isteri itu terus menjadi suspek utama. Ketiga-tiganya (termasuk Juraimi) kemudiannnya dihukum gantung.

Kes Mona Fandey Tetap Jadi Fenomena, Masih Sensasi Biarpun Sudah 27 Tahun Berlalu 3
Juraimi Hussin.

Menurut sumber daripada Wikipedia, seorang pegawai penjara mendedahkan, ketiga-tiga suspek tidak bertaubat sehingga ke saat akhir – “Mereka tidak mengatakan apa-apa, mereka tenang – seperti mereka yang terima bahawa mereka akan mati.”

Kisah Mona Fandey menjadi fenomena pada ketika itu dan tetap diingati sehingga ke hari ini biarpun sudah hampir berpuluh tahun ianya berlaku.

Kes Mona Fandey Tetap Jadi Fenomena, Masih Sensasi Biarpun Sudah 27 Tahun Berlalu 4
Mohd Affandi.

Kes Mona Fandey merupakan salah satu sebab perbicaraan juri ditamatkan di Malaysia dengan ia sebaa kes terakhir dan membawa kepada pemansuhannya pada 1 Januari 1995.

Filem Dukun (2006) lakonan Umie Aida merupakan satu filem yang dibuat berdasarkan kepada kisah Mona Fandey namun akibat kandungan yang tidak sesuai ianya tidak ditayangkan kepada umum sehinggalah dibenarkan semula dan ditayangkan kepada umum pada 5 April 2018.

BACA: Kisah Pembunuhan Kejam Jalil Ibrahim Bongkar Skandal BMF Yang Gemparkan Negara

Dilabel sebagai kes jenayah paling sensasi di Malaysia, kes ini berjaya mengalahkan kes Kalimuthu Pakirisamu atau juga dikenali sebagai Bentong Kali, seorang pembunuh, perompak dan pengedar dadah yang paling dikehendaki dan telah terkorban dalam ditembak di Medan Damansara pada 1993.

Beberapa khabar angin mengenai kes Mona Fandey tidak dapat dibuktikan sama ada ianya benar atau tidak. Antaranya:

  1. Mona Fandey bebas untuk keluar masuk dari Penjara Kajang, begitu juga dengan suaminya yang dipenjarakan di Penjara Pudu.
  2. Affandi memiliki kebolehan luar biasa dapat membuka kunci pintu selnya dengan tangannya sendiri.

Kes yang dibicarakan selama 69 hari telah melibatkan 76 orang saksi pendakwa raya dan peguam bela dipanggil. Dalam tempoh berkenaan sebanyak 238 barang kes telah dikemukakan kepada mahkamah termasuklah tangkal, azimat, keris kecil, dan kapak yang digunakan untuk memenggal kepada Datuk Mazlan.

Dalam perbicaraan itu juga, pasangan suami isteri tersebut didedahkan pernah mempelajari mengenai ilmu hitam daripada seorang mahaguri di Jawa Barat, Indonesia dan dikurniakan satu tangkal kebal selepas tidak berpuas hati dengan ajaran guru silat dari Medan, Indonesia yang hanya berpusat kepada penjagaan diri dan perubatan sahaja.