Kafe Anjing Pertama Arab Saudi

Arab Saudi Menuju Modernisasi, Buka Kafe Mesra-Anjing Pertama

Arab Saudi Menuju Modernisasi, Buka Kafe Mesra-Anjing Pertama

Arab Saudi sekali lagi mengejutkan dunia dengan terus mentakrifkan semula batas-batas kehidupan penduduk di kerajaan tersebut.

Selepas melakukan perubahan sosial seperti wanita boleh memandu, pembukaan semula pawagam, boleh menyambut Hari Kekasih dan kini membuka kafe pertama mesra anjing untuk menggembirakan pemilik haiwan peliharaan itu.

BACA: Hari Kekasih Kini ‘Halal’ Di Arab Saudi

Kafe pertama itu, The Barking Lot telah dibuka pada Jun lalu di bandar Khobar untuk pencinta haiwan atas dorongan kerana terdapat sedikit tempat bagi orang Arab untuk membawa haiwan peliharaan mereka bersiar-siar di luar rumah.

Menurut AFP, pemilik cafe tersebut, Dalal Ahmed mengatakan bahawa dia mendapat idea mengenai kafe konsep ini semasa melawat ke negara itu.

“Saya datang ke Arab Saudi untuk lawatan bersama anjing saya, tetapi tidak dibenarkan berjalan di pantai bersamanya.

“Saya sangat sedih dan bercadang untuk membantu dengan membuka kedai kopi untuk mereka yang mempunyai anjing – dan juga untuk mereka yang tiada haiwan peliharaan,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CB5o4MnhU2d/?utm_source=ig_embed

Perlu diketahui, dalam ajaran agama Islam, anjing dianggap haiwan yang tidak bersih (kerana air liurnya) dan umumnya dilarang berada di tempat awam Arab Saudi.

Bagaimanapun, setelah larangan itu dimansuhkan, membawa haiwan peliharaan ke luar rumah semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk.

Perubahan itu juga mendorong pelbagai pihak untuk mengusahakan tempat perlindungan haiwan terutama haiwan jalanan di beberapa bandar yang kini semakin popular.

Kafe Anjing Pertama Arab Saudi

Memelihara anjing liar semakin popular di saat kerajaan ini menuju keterbukaan – sedang mengalami perubahan besar sebagai sebahagian rencana ‘Visi 2030’ yang dimeterai Putra Mahkota Mohammed bin Salman.

Sumber: FMT