Kuasa Tular Bantu Berkas Suspek Curi Kereta Di Pam Minyak Selepas 6 Jam 2

Kuasa Tular Bantu Berkas Suspek Curi Kereta Dalam Masa 6 Jam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kuasa tular bantu berkas suspek curi kereta dalam masa enam jam.

Di laman media sosial semalam, tular mengenai rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan situasi sebuah kereta jenis Toyota Corolla di kawasan stesen minyak PETRON di Mentakab dilarikan seorang lelaki.

Kuasa Tular Bantu Berkas Suspek Curi Kereta Di Pam Minyak Selepas 6 Jam

Dengan kuasa tular, Sinar Harian melaporkan suspek berusia 27 tahun kemudiannya berjaya diberkas bersama kenderaan yang dicuri selepas enam jam iaitu kira-kira jam satu petang di Subang Jaya, Selangor.

Sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada jam lapan pagi 28 September itu, polis telah mengenal pasti suspek dan meminta bantuan daripada balai polis lain untuk membantu mengesannya.

https://www.facebook.com/ILOVEPAHANG/posts/4199563196744133

Dalam satu kenyataan rasmi semalam, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

“Berdasarkan semakan CCTV di tempat kejadian mendapati suspek datang ke lokasi itu menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dan meletakkannya di tempat letak kenderaan di bahagian belakang stesen minyak berkenaan.

Suspek kemudian keluar dan menuju ke arah kereta mangsa sebelum bertindak nekad melarikannya.”

Kereta yang tidak dimatikan enjin telah dibawa lari suspke semasa mangsa sedang mengisi minyak menyebabkan mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh kerana cuba mengejar suspek.

Kuasa Tular Bantu Berkas Suspek Curi Kereta Di Pam Minyak Selepas 6 Jam 1

Mohd Yusri menasihati supaya orang ramai lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran setiap kali beruursan di stesen minyak bagi mengelak insiden-insiden tidak diingini seperti ini berlaku.

Malah untuk tujuan keselamatan orang ramai diminta untuk mematikan enjin kenderaan semasa mengisi minyak.

Kes dibawa ke IPD Temerloh dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.