Kaum Himba Tak Mandi Cantik

Tak Pernah Mandi Tapi Wanita Suku Kaum Ini Dianggap Tercantik Di Afrika

Tak Pernah Mandi, Wanita Suku Kaum Ini Dianggap Tercantik Di Afrika.

Selalunya, orang akan kaitkan seseorang yang tidak mandi itu hodoh, selekeh dan sangat pengotor.

Tetapi berlainan pula dengan suku kaum ini, walaupun tidak pernah mandi namun tetap diakui sebagai wanita tercantik di Afrika.

Suku Himba atau dikenali sebagai ‘suku merah’, merupakan suku yang berasal dari Utara Namibia. Suku kaum ini dikategori sebagai penduduk minoriti dengan mempunyai penduduk sekitar 50 ribu sahaja di benua Afrika.

Apa yang istimewa tentang suku Himba, mereka terkenal dengan penduduknya yang tidak pernah mandi. Geografi dan persekitaran tempat tinggal yang ekstrem di situ menjadi faktor wilayah berkenaan mengalami kekurangan air.

Jadi, bagaimana mereka membersihkan diri?

Walaupun tidak mandi dengan air, mereka gantikan dengan sapuan berwarna merah diperbuat daripada tanah merah dan dicampurkan bersama lemak serta mentega untuk menjadikan campuran itu likat dan boleh mengeras yang dipanggil otjize.

Otjize disapukan diseluruh kulit kerana sapuan itu dapat melembapkan kulit sekali gus melindungi kulit mereka dari sinar matahari dan serangga. Ia berfungsi sebagai pelindung kulit dan rambut.

Pemilihan tanah berwarna merah pula kerana mereka percaya bahawa merah adalah simbol bumi dan darah.

Kaum Himba Tak Mandi Cantik

Selain menjadi pelindung kulit badan, suku Himba juga akan menggunakan sapuan ini di sekitar rambut yang dibentuk mengikut status perkahwinan mereka.

Dengan amalan ini, wanita Himba yakin bahawa hanya dengan menggunakan otjize, tubuh mereka akan tetap bersih tanpa perlu mandi dengan air. Jadi, untuk anda yang malas mandi, mungkin boleh amalkan cara ini.

Sumber: Intisari Online

BACA: Kisah Aktres Terpaksa Turun Naik Mahkamah, Diperiksa Kerana Wajah Terlalu Jelita