Baru 3 Jam Angkat Sumpah, Dua Menteri #SabahMemilih Bertukar Portfolio 3

Baru 3 Jam Angkat Sumpah, KM Sabah Umum Pertukaran Portfolio Dua Menteri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru 3 (tiga) jam selepas acara angkat sumpah jawatan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mengumumkan pertukaran portfolio melibatkan dua menteri iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Masidi Manjun.

BACA: MP Kudat Padam Status Facebook Selepas Pertahan Dakwaan Veveonah Menipu

Pertukaran jawatan ini menyaksikan Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 akan memegang jawatan Menteri Kerja Raya, manakala Masidi sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Baru 3 Jam Angkat Sumpah, Dua Menteri #SabahMemilih Bertukar Portfolio 2
Sumber: Astro Awani

Dalam pengumuman itu juga, Hajiji turut mengumumkan satu lagi portfolio baharu diberikan kepada Masidi iaitu Menteri Kewangan 2.

Baru 3 (tiga) jam angkat sumpah, dua menteri Sabah bertukar portfolio

Ketika ditanya mengenai pertukaran tersebut, Hajiji menjelaskan tidak berlaku masalah dalam hal tersebut kerana ianya adalah disebabkan khidmat Masidi diperlukan bagi memulihkan semula ekonomi Sabah dan menghadapai pandemik COVID-19.

“Tiada masalah cuma saya mahu Masidi bantu saya kerana beliau berpengalaman dalam ekonomi dan kewangan. Ia juga dipersetujui oleh semua.”

Masidi dalam satu kenyataan di Twitter menjelaskan sebab pertukaran tersebut hanya akan didedahkan selepas beliau bersara.

Selain daripada pertukaran tersebut, Hajiji memaklumkan lima lagi menteri akan dilantik bagi melengkapkan senarai kabinet negeri dalam masa terdekat serentak dengan pelantikan pembantu menteri.

27 September lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi, membentuk kerajaan negeri yang baharu di Sabah, selepas memenangi 38 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

GRS yang dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan tujuh kerusi.