
Menteri Kesihatan Tak Datang, Pengacara Indonesia Terpaksa Temu Bual Kerusi Kosong
Menteri Kesihatan tak datang, pengacara Indonesia terpaksa temu bual kerusi kosong sebagai pengganti.
Satu klip sebuah program temu bual Indonesia menjadi tular hari ini selepas dikongsi secara meluas di media sosial.
Dalam klip yang tular tersebut, pengacara program Mata Najwa, Najwa Shihab dilihat menemu ramah sebuah kerusi kosong yang sepatutnya diduduki oleh Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto.
Wawancara @NajwaShihab dengan kursi kosong sang menteri.
This is bold. pic.twitter.com/czNs4HVSr7
— Uly Siregar (@sheknowshoney) September 28, 2020
Tetap tenang meneruskan program, Najwa melontarkan beberapa persoalan berkaitan dengan cara Indonesia menangani wabak pandemik COVID-19.
“Kenapa menghilang pak? Anda susah sekali untuk muncul di depan awam bagi memberikan penjelasan mengenai pandemik.
Rasanya Menteri Kesihatan paling low profile di dunia selama wabak pandemik melanda ini ialah Menteri Kesihatan Indonesia.”
Sempat menyindir Terawan, Najwa terus mengasak kerusi kosong tersebut dengan soalan-soalan panas antaranya mengapa Indonesia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara lain dalam menangani wabak COVID-19.

Dalam program berkenaan, Najwa turut mendedahkan Presiden Indonesia, Jokowi Dodo sudah berkali-kali memberikan teguran mengenai cara kerja Terawan yang seakannya tidak menunjukkan kemajuan.
“Banyak petisyen yang meminta anda untuk turun, sedia untuk turun pak? Atau bagaimana anda boleh meyakinkan orang awam bahawa anda masih layak menduduki kerusi atau jawatan yang berat ini?”
Menutup ucapan dengan menyebut beberapa nama Menteri Kesihatan negara luar yang turun kerana merasakan gagal dalam menangani pandemik COVID-19, keberanian Najwa secara terbuka menyindir Terawan mendapat pujian netizen sehinggakan #MataNajwaMenantiTerawan menjadi trending di Twitter.
biar underline saya hadirkan Mba pic.twitter.com/gDcveRFmkq
— ketut sumarz (@sumarzBOB) September 28, 2020
#MataNajwaMenantiTerawan alternate guests pic.twitter.com/3SnepJfE3O
— almer (@yungalmer) September 28, 2020
Sebelum ini, beberapa menteri di Indonesia telah mengeluarkan kenyataan tidak bijak, antaranya:
Samakan Virus COVID-19 Seperti Isteri Anda, Kenyataan Menteri Keselamatan Indonesia Teruk Dikritik
Doa Senjata Tiada Jangkitan Koronavirus Di Indonesia – Menteri Kesihatan
Tonton video penuh di pautan bawah:
Trending now



