Lebih 40 Tahun Hidup Dalam Hutan, Lelaki Ini Fikir Dunia Masih Dalam Perang 5

Lebih 40 Tahun Hidup Dalam Hutan, Lelaki Ini Fikir Dunia Masih Dalam Peperangan

Lebih 40 tahun hidup dalam hutan, lelaki ini fikir dunia masih dalam peperangan.

Pernah anda terbayang tak rupanya dalam kepesatan pembangunan teknologi, masih ada manusia di dunia ini yang jauh tertinggal?

Kisah realiti seakan hapir sama dengan kartun Tarzan yang menjadi kegilaan anak-anak muda pada suatu ketika dahulu.

Di Vietnam, kisah seorang lelaki diselamatkan menjadi tular beberapa tahun lalu selepas menyangka dunia luar masih berperang antara satu sama lain.

Ho Van Lang, 51 tahun yang dibesarkan di dalam hutan oleh bapanya, Ho Van Thanh, 89 tahun selama hidupnya tidak pernah menjengah ke dunia luar dan hanya ‘berputar’ di dalam kawasan hutan sahaja.

Lebih 40 Tahun Hidup Dalam Hutan, Lelaki Ini Fikir Dunia Masih Dalam Perang 2
Ho Van Thanh. Sumber: The Sun

Kisah bermula apabila Thanh membawa lari Lang ke dalam hutan pada tahun 1972 selepas isteri dan dua anaknya terkorban ketika Vietnam sedang berdepan dengan konflik Perang Vietnam bersama Amerika Syarikat.

Mulakan kehidupan di dalam hutan bersama anaknya, Thanh mula beradaptasi dengan kehidupan baharunya dengan membina rumah di atas pokok, menghasilkan pakaian daripada kulit kayu dan daun selain daripada memburu haiwan liar untuk dijadikan makanan.

Lebih 40 Tahun Hidup Dalam Hutan, Lelaki Ini Fikir Dunia Masih Dalam Perang 1
Tikus hutan yang ditangkap untuk dijadikan makanan. Sumber: The Sun

 

Lebih 40 Tahun Hidup Dalam Hutan, Lelaki Ini Fikir Dunia Masih Dalam Perang 3
Periuk yang dihasilkan daripada kulit bom. Sumber; The Sun

Langsung tidak mengetahui mengenai dunia luar, apa yang Lang tahu hanyalah daripada penceritaan Thanh itu pun terhad.

Usia Thanh yang semakin uzur menjadi pemula kepada keluarnya mereka dari hutan dan akhirnya ditemukan penduduk tempatan pada tahun 2013 yang kemudiannya membawa kedua-duanya keluar dari tempat tersebut selepas lebih 40 tahun.

Apabila melihat dunia luar, jelas keterujaan dan kekaguman di wajah keduanya. Jauh berbeza dengan apa yang mereka ada di dalam hutan!

Lang jelas teruja dengan kehidupan baru yang menanti mereka, namun tidak pada Thanh yang menyatakan hasrat mahu pulang dan duduk semula di hutan.

Lebih 40 Tahun Hidup Dalam Hutan, Lelaki Ini Fikir Dunia Masih Dalam Perang 4
Sumber: VN Express

Pada tahun 2017, Thanh meninggal dunia dan pada ketika itu Lang mula menghabiskan waktunya di kawasan padang sejauh 4km dari kawasan kampung tempat beliau tinggal.

Media sebenarnya melaporkan pelbagai versi kisah Lang dan Thanh ini. Antaranya ada yang menjelaskan sebenarnya anak-anak dan isteri Thanh tidak meninggal dunia sebaliknya cerita tersebut dibuat oleh orang kampung disebabkan perangai Thanh  yang panas baran Рpernah memukul isterinya sehingga pengsan.

Boleh baca lanjut kisah Thanh dan Lang versi lain DI SINI.