
Umum Dapat Sokongan Kukuh Bentuk Kerajaan Baharu, Uncle Kentang ‘Troll’ Anwar Ibrahim
Umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan, Uncle Kentang troll Anwar Ibrahim.
Semalam kecoh apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan dalam satu sidang media.
“Dengan sokongan, majoriti kukuh dan meyakinkan ini bermakna pada saat ini kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jatuh.”
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau sudah mendapat perkenan untuk menghadap YDPA pada Selasa lalu namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda dilaporkan sedang gering dan kini menjalani rawatan di IJN.
Nyata, pengumuman Anwar Ibrahim itu tidak disenangi ramai susulan negara kini masih berdepan dengan ancaman wabak pandemik COVID-19 termasuklah daripada aktivis terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Lantang bersuara mengkritik pihak yang berebut mahukan jawatan Perdana Menteri di saat negara masih ‘berperang’, Uncle Kentang dalam satu hantaran menulis tindakan pihak tersebut amat memalukan dan menyebabkan mereka tidak akan mendapat sokongan rakyat.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3780217271990014&set=a.445366895475085&type=3&theater
Hantaran tersebut mendapat sokongan padu daripada netizen yang turut muak menyaksikan drama perebutan kerusi yang sepertinya tidak nampak noktah dengan tindakan umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan baharu.
1 Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sah ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh YDPA namun pelantikannya mendapat tentangan daripada bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengusulkan undi tidak percaya kepada beliau.
BACA: Speaker Maklumkan Terima Usul Undi Tidak Percaya Tun M Terhadap Perdana Menteri
Trending now



