
Prank Gelang Pink, Kerajaan Serah Kepada Pihak Polis Untuk Ambil Tindakan Terhadap Instafamous
Prank gelang pink, kerajaan serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan terhadap Instafamous.
Sebelum ini di Malaysia kecoh mengenai tindakan beberapa individu gelang pink yang sepatutnya menjalani perintah kuarantin di rumah namun mengingkarinya dengan berada di kawasan awam.
BACA: 100 Peniaga Sekitar Bandar Meru Raya Terjejas Gara-Gara Makcik Gelang Merah Jambu
Malah ada antara mereka yang telah mencetuskan kluster baharu COVID-19 di Malaysia dengan beberapa generasi jangkitan.
Terbaharu, seorang personaliti media sosial, Chazynash telah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik satu video yang menunjukkan beliau memakai gelang pink semasa sedang makan di sebuah restoran.
Biarpun menjelaskan ianya hanyalah sekadar jenaka yang memaparkan kehidupan pasangan suami isteri, beliau dikecam teruk netizen yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa negara yang masih lagi berperang dengan wabak pandemik COVID-19.
Tampil melakukan permohonan maaf secara terbuta, Chazynash turut menjelaskan babak prank gelang pink tersebut bukanlah prank yang dilakukan di tempat awam sebaliknya kesemuanya adalah 100% staged.
https://www.instagram.com/p/CFY1rQ9Dn5U/
Susulan daripada insiden tersebut, Menteri Kanan (Keselamtan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tindakan tersebut boleh dianggap sebagai satu kesalahan kerana bertujuan untuk menipu orang ramai.
Tonton video penuh di pautan bawah:
Isu gelang pink merupakan satu isu yang sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia kerana dunia masih belum menang dalam menentang wabak COVID-19.
Setakat semalam, Malaysia mencatatkan 82 kes baharu yang membawa keapda jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 10,358 dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 9,563 dan kes korban seramai 130 orang.
Terkini #COVID19Malaysia 22 Sept 2020
Kes sembuh= 168
Jumlah kes sembuh= 9,563
Kes positif= 82
(kes import=10, kes tempatan=72)
Jumlah positif= 10,358
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 130
Kes dirawat di ICU= 9
Bantuan Alat Pernafasan= 2 pic.twitter.com/Lq4Zr7ltOO— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 22, 2020
Trending now



