Angelababy Jelita

Kisah Aktres Terpaksa Turun Naik Mahkamah, Diperiksa Kerana Wajah Terlalu Jelita

Kisah Aktres Terpaksa Turun Naik Mahkamah, Diperiksa Kerana Wajah Terlalu Jelita.

Dalam satu kes saman fitnah yang jarang-jarang berlaku, seorang aktres China terpaksa menjalani pemeriksaan wajah oleh pakar untuk membuktikan ia adalah asli dan bebas daripada pembedahan plastik.

Kisah ini hangat pada tahun 2015, yang mana Angelababy atau nama sebenarnya Yeung Wing menyaman sebuah klinik pembedahan kosmetik di Ruili, Beijing selepas beliau didakwa mengubahsuai mukanya.

Puncanya, menerusi laporan BBC, klinik berkenaan mendakwa kejelitaan Angelababy bukan sejati sebaliknya diperoleh melalui pembedahan plastik.

Ekoran dakwaan itu Angelababy menyaman klinik berkenaan dan menuntut pampasan 500,000 yuan (RM329,045) pada 2012. Mahkamah kemudian mengarahkan wajah Angelababy diperiksa oleh doktor pakar pembedahan kosmetik.

Menurut Angelababy kejelitaan wajahnya datang daripada susur galur keturunannya yang mempunyai darah campuran Eropah. Angelababy mendakwa datuknya adalah lelaki keturunan Jerman.

Nama Angelababy mula dikenali sebagai model dan pelakon di Hong Kong. Disebabkan wajahnya yang begitu menawan beberapa pihak mengesyaki dia memperolehinya melalui kaedah pembedahan kosmetik.

Angelababy Jelita

Bagi mendapatkan pengesahan doktor pakar sebuah hospital tempatan menjalankan ujian terhadap wajah Angelababy. Antara prosedur yang dilakukan ialah ujian imbasan x-ray serta ujian pemeriksaan secara langsung.

Hasil pemeriksaan itu pakar di hospital berkenaan, Dr Qi Zuoliang mengesahkan Angelababy tidak menjalani sebarang pembedahan kosmetik.

“Seluruh struktur kepala dan tulang muka Baby (nama panggilan Angelababy) tidak mempunya kesan pisau pembedahan,” katanya kepada media.

Angelababy Jelita

Angelababy berkahwin dengan pelakon Huang Xiaoming pada 2015 dan dilaporkan perkahwinan itu mencecah kos 200 juta yuan (RM131.7 juta). Peminat China menggelar perkahwinan itu sebagai yang terhebat pada abad ini.

Mengulas mengenai isterinya, Xiaoming menegaskan kejelitaan Angelababy memang asli.

“Saya bukan bodoh. Saya boleh mengesahkan Angelababy tidak menjalani pembedahan plastik.

“Sesekali apabila dia tidak bermekap, Angelababy memang kelihatan agak ‘hodoh’,” katanya dalam nada bergurau.

Baru-baru ini, Angelababy menang kes tuntutan saman fitnah terhadap netizen yang mendakwa dia mengalami kesan sampingan yang teruk kerana melakukan pembedahan plastik.

Melalui cakap-cakap netizen, memang kelihatan ada sedikit perubahan pada wajah Angelababy tetapi dia hanya membetulkan bahagian giginya sahaja (pakai pendakap gigi).

Sumber: Independent UK