Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Mangsa Korban Pelajar Tingkatan 5 2

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Mangsa Korban Melibatkan Pelajar Tingkatan 5

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lagi kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kehilangan nyawa sekali lagi berlaku semalam sekitar jam tiga pagi di Jalan Raja Laut.

BACA: Pemandu Mabuk Langgar Orang Awam Di ‘Flying Kick’

Kali ini seorang pelajar sekolah tingkatan lima, Muhammad Hazeq Hakimi Romli menjadi korban apabila motosikal Y15 yang dipandu lurus oleh mangsa telah terbabas apabila melanggar pintu sisi depan kiri kereta Myvi warna silver yang tiba-tiba mengubah haluan secara melintang dari susur jalan Sri Amar (Chow Kit) ke lorong Tiong Nam.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh ke jalan raya dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Mangsa Korban Pelajar Tingkatan 5
Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat itu dilanggar seorang lelaki 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing.

Ujian tahap kandungan alkohol dalam badan suspek menunjukkan bacaan 165 miligram/ 100 milimeter berbanding tahap yang dibenarkan untuk memandu iaitu 80 miligram/ 100 milimeter darah atau 107 miligram / 100 milimeter air kencing berdasarkan kepada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

Suspek kemudiannya direman untuk siasatan lanjut selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat penjara maksimum 20 tahun, denda sehingga RM150,000 dan lesen memandu digantung sehingga 20 tahun jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Lagi kes pemandu mabuk di Malaysia.