Tentera Laut Thailand Guna Malaysia Sebagai Alasan Untuk Desak Pembelian Kapal Selam Serang China 2

Tentera Laut Thailand Guna Malaysia Sebagai Alasan Desak Pembelian Kapal Selam Serang China

Tentera laut Thailand didakwa guna Malaysia sebagai alasan untuk desak pembelian kapal selam serang.

Menurut laporan SCMP, tentera laut Thailand berhasrat membeli tiga buah kapal selam serang buatan China selepas mempertimbangkan tawaran dari Jerman, Korea Selatan, Rusia, Sweden dan Perancis telah menggunakan Malaysia sebagai alasan untuk mendesak pembelian tersebut.

Tentera laut Thailand mengatakan pembelian tersebut adalah sebagai pengimbang terhadap dua buah kapal selam buatan Eropah yang sudah dimiliki Malaysia selain daripada bertujuan memberi Bangkok lebih banyak pengaruh semasa rundingan dua hala mengenai depan bersama (JDA) di Teluk Thailand.

Tentera Laut Thailand Guna Malaysia Sebagai Alasan Untuk Desak Pembelian Kapal Selam Serang China 1
Gambar sekadar hiasan. Sumber: The National Interest

Sekiranya operasi kapal selam sudah beroperasi pada 2027, Thailand dikatakan tidak akan berada di ‘posisi tidak berpengaruh’ dan boleh memulakan rundingan selepas ianya tamat tempoh pada 2029.

Pakar pertahanan, Lam Choong Wah yang juga merupakan bekas felo Institut Kemajuan Sosial berkata Malaysia tidak mempunyai konflik besar dengan Thailand berhubung perjanjian pembangunan bersama di Teluk Thailand dan kedua-dua negara ini mungkin melanjutkan perjanjian selepas 2029.

Beliau berkata, tiada alasan menggantikan perjanjian yang baik ini dengan perjanjian kurang memuaskan kerana Malaysia dan Thailand berkongsi manfaat sama rata (50:50) dan tiada pihak didiskriminasi kerana diplomasi paksaan adalah bertentangan dengan prinsip ASEAN.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan percaya alasan tentera laut Thailand menggunakan Malaysia adalah disebabkan ekonomi negara yang terjejas akibat daripada wabak pandemik COVID-19 dan ramai yang merasakan perbelanjaan untuk pertahanan adalah tidak penting.

BACA: Cubaan Pesawat Perisik Amerika Syarikat Menyamar Jadi Pesawat Malaysia Cabar Kedaulatan Negara

Bagi Azmi, memang benar setiap negara yang mempunyai wilayah maritim memerlukan kapal selam sebagai kedudukan pertahanan strategik lebih-lebih lagi buat Malaysia yang memiliki dua buah kapal selam, tetapi ianya bukanlah masa tepat untuk Thailand bertindak sedemikian.

Menjawab kepada persoalan sama ada Malaysia perlu menambah armada tentera lautnya, Azmi memberitahu bukan secara ad hoc untuk melawan kapal selam baru Thailand dan sekarang bukanlah masa terbaik untuk menaik taraf walaupun wujudnya isu di Laut China Selatan.

Malaysia dan Thailand mempunyai tuntutan bertindih di sekitar 7,250km persegi di bahagian bawah Teluk Thailand. Pada tahun 1979, kedua buah kerajaan telah menandatangani memorandum persefahaman selama 50 tahun untuk bersama-sama berkongsi kos dan faedah penerokaan bersama serta eksploitasi sumber petroleum di sana.

Tentera Laut Thailand Guna Malaysia Sebagai Alasan Untuk Desak Pembelian Kapal Selam Serang China
Foto fail 1998 antara Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Malaysia selepas menandatangani persetujuan berkenaan gas JDA. Sumber: Reuters