Tetap Utamakan SOP, Perompak Pakai Topeng Muka Dan Guna ‘Hand Sanitizer’ Sebelum Merompak 2

Tetap Utamakan SOP, Perompak Pakai Topeng Muka Dan Guna ‘Hand Sanitizer’ Sebelum Merompak

Tetap utamakan SOP (prosedur operasi standard), perompak pakai topeng muka dan guna hand sanitizer sebelum merompak.

BACA: Lelaki Buat Orang Ramai Terpana Bila Guna Ular Hidup Sebagai Penutup Muka

Wabak pandemik COVID-19 memaksa rakyat dunia untuk hidup dalam norma baharu mengikut SOP iaitu penjagaan kebersihan, penjarakan sosial, pemakaian topeng muka dan penggunaan hand sanitizer dalam apa jua keadaan – termasuklah semasa melakukan jenayah?

Dalam satu kejadian di India, rakaman kamera litar tertutup yang merakamkan insiden rompakan sebuah kedai emas telah menjadi tular di media sosial.

Nak tahu kenapa?

Sebab perompak tetap utamakan SOP memasuki premis walaupun kemasukan mereka adalah bertujuan untuk melakukan jenayah. Tonton video di bawah:

Dalam video yang tular tersebut, ketiga-tiga penjenayah didapati memasuki premis dengan memakai topeng muka. Salah seorang pekerja kemudiannya dilihat meminta ketiga-tiganya untuk menghulurkan tangan sebelum menyembur hand sanitizer.

Tetap Utamakan SOP, Perompak Pakai Topeng Muka Dan Guna ‘Hand Sanitizer’ Sebelum Merompak

Setelah selesai meratakan hand sanitizer, perompak berkenaan mengeluarkan pistol dan mengarahkan pekerja untuk memasukkan barang kemas dan wang tunai ke dalam beg sebelum melarikan diri.

Kejadian yang berlaku kurang dari satu minit itu menyebabkan premis berkenaan mengalami kerugian barang kemas dan wang tunai sekitar RM228,000.

Walaupun rancangan tersebut menimbulkan rasa lucu dalam kalangan warga net, pekerja dan orang awam yang berada di tempat kejadian jelas merasa takut apabila mereka mula mengeluarkan pistol.