Lelaki Guna Ular Hidup Ganti Penutup Muka 3

Lelaki Buat Orang Ramai Terpana Bila Guna Ular Hidup Sebagai Penutup Muka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lelaki guna ular hidup ganti penutup muka.

Wabak pandemik COVID-19 menyaksikan perubahan norma dalam kehidupan rakyat dunia.

BACA: Bukan Buatan China, Malaysia Kini Ada Topeng Muka Sendiri

Pemakaian topeng muka dan penjarakan sosial adalah dua aspek yang perlu dijaga semasa berada di kawasan awam dan kawasan sesak. Tidak terkecuali di United Kingdom (UK).

Seorang penumpang bas di UK membuatkan orang ramai terpana apabila menggunakan seekor ular hidup sebagai ganti kepada topeng muka.

Lelaki Guna Ular Hidup Ganti Penutup Muka 2
Sumber: CNN

Menurut laporan CNN, lelaki guna ular hidup sebagai pengganti topeng muka itu dikesan telah menaiki bas dari Swinton ke Manchester pada Isnin lalu dilihat ‘memakai’ ular tersebut yang melilit di bahagian lehernya.

Salah seorang penumpang bas yang berada di kawasan kejadian memberitahu pada awalnya beliau menyangka ular tersebut sebagai funky mask namun menyedari ianya adalah ular hidup selepas reptilia tersebut mula melilit kawasan susur tangan (handrail) bas.

Lelaki Guna Ular Hidup Ganti Penutup Muka 1
Sumber: CNN

Gambar lelaki yang tidak dikenali itu kemudiannya dikongsikan di media sosial sebelum menjadi tular dan dikongsikan dengan meluas.

Memberi respon kepada kejadian tersebut, jurucakap Kementerian Pengangkutan menjelaskan setiap penumpang wajib memakai penutup muka melainkan mereka mendapat pengecualian rasmi.

Di UK, rakyat diberikan kebebasan memakai jenis topeng muka yang mereka selesa (tidak semestinya surgical mask) seperti bandana atau selendang.