Nasi Briyani Gam Sampai 14 Set, Kisah Anak Saudara Lapar ‘Order’ Foodpanda Buat Netizen Terhibur 4

Nasi Briyani Gam Sampai 14 Set, Kisah Anak Saudara Lapar ‘Order’ Foodpanda Buat Netizen Terhibur

Beli nasi briyani gam sampai 14 set, kisah anak saudara lapar order Foodpanda buat netizen terhibur.

Seiring dengan kemajuan teknologi, aplikasi perkhidmatan Foodpanda memudahkan pengguna membuat tempahan hanya dengan menggunakan telefon.

BACA: Isu Beg Terbuang: Lelaki Ini Nekad Buat Penghantaran Khas Ke Pejabat Foodpanda

Pilih menu, bayar dan tunggu pesanan anda sampai di pintu rumah. Mudah bukan?

Tidak kira budak kecil atau orang dewasa, rata-ratanya mengambil kesempatan menggunakan perkhidmatan ini bagi memudahkan urusan seharian.

Terbaharu, tular satu cerita yang mana seorang kanak-kanak hampir membuat pesanan berjumlah lebih RM1,800 di Foodpanda kerana lapar.

Nasi Briyani Gam Sampai 14 Set, Kisah Anak Saudara Lapar ‘Order’ Foodpanda Buat Netizen Terhibur
Sumber: Cik Miya Azira

Alkisah last week punya cerita.  Anak sedara saya, main handphone saya, then dia order Foodpanda! Order dari restoran mahal! Nasib baik Foodpanda apps dalam phone bukan auto order. Kalau tak, RM1800++ makanan sampai dekat rumah.

Berderau jantung tacik dia. Nasib baik anak saudara kesayangan. Boy lima tahun. Lapar katanya. Nak makan piza.

Edited : Pesanan untuk ibu bapa sekalian… Hati hati dengan anak vs apps Foodpanda… Ada yang COD je… Hehehe.

Nasib baik aplikasi Foodanda bukannya auto order, kalau tidak melayang juga duit mak cik saudara beliau kena bayar.

Di ruangan komen, ramai yang berkongsikan pernah terkena perkara yang sama seperti beliau akibat daripada membiarkan anak-anak bermain dengan telefon pintar mereka.

Nasi Briyani Gam Sampai 14 Set, Kisah Anak Saudara Lapar ‘Order’ Foodpanda Buat Netizen Terhibur 1

Nasi Briyani Gam Sampai 14 Set, Kisah Anak Saudara Lapar ‘Order’ Foodpanda Buat Netizen Terhibur 2

Nasi Briyani Gam Sampai 14 Set, Kisah Anak Saudara Lapar ‘Order’ Foodpanda Buat Netizen Terhibur 3

Biarpun kisah tular ini nampak macam kelakar (iyalah, order nasi briyani gam sampai 14 set) tapi sebenarnya ada pengajaran kepada ibu bapa yang lain supaya lebih peka apabila membenarkan anak-anak bermain dengan telefon pintar mereka.

Malah pihak Foodpanda sepatutnya ambil maklum dan menyediakan ciri-ciri keselamatan di bahagian pembayaran bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.