Sengaja Direka Bulat, Ini Sejarah Jambatan Unik RM34 Juta Yang Dibina Semata Untuk Tujuan Pelancongan

Sengaja Direka Bulat, Ini Sejarah Jambatan Unik RM34 Juta Yang Dibina Semata Untuk Pelancongan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sengaja direka bulat, anda pernah dengar tentang jambatan yang dipanggil sebagai Laguna Farzon Bridge yang terletak di Garzon, Uruguay ini?

Menghubungkan kenderaan dari Maldonado dengan Rocha, jambatan ini terkenal kerana keunikan bentuknya yang tidak konvensional kerana berbentuk bulat.

Sengaja Direka Bulat, Ini Sejarah Jambatan Unik RM34 Juta Yang Dibina Semata Untuk Tujuan Pelancongan
Sumber: Business Insider

Kalau nak tahu, jambatan tersebut tak ada keperluan pun untuk dibina secara bulatan dan sebenarnya boleh dibina secara lurus kerana tiada apa yang nak dielakkan bagi merentasi kawasan air tersebut.

Kisah Jambatan Unik RM34 Juta Yang Dibina Semata-Mata Untuk Tujuan Pelancongan 2
Sumber: Business Insider

Tapi disebabkan rasional pembinaannya tidak bersandarkan kepada hujah saintifik semata-mata dan hanya memfokuskan kepada tujuan pelancongan dengan pembinaan mercu tanda ikonik yang boleh menjadi tarikan pelancong – kenderaan yang melalui jambatan ini perlu dipandu dengan perlahan dan ini membolehkan penumpang menikmati panorama indah di sekeliling.

Kisah Jambatan Unik RM34 Juta Yang Dibina Semata-Mata Untuk Tujuan Pelancongan 3
Sumber: Flickr

Sengaja direka bulat, kos yang diambil arkitek Uruguay, Rafael Vinoly untuk membina jambatan bulat ini adalah setinggi RM34.16 juta.

Menurut perkongsian Ini Sains Beb, kos jambatan ini sebenarnya akan jadi lebih murah kalau lengkungannya dibina di bahagian darat. Tapi takkan adalah keunikannya macam yang ada sekarang. Selain daripada itu, ianya juga boleh mengundang kritikan daripada orang awam, pemaju dan juga ahli politik.

Sengaja Direka Bulat, Ini Sejarah Jambatan Unik RM34 Juta Yang Dibina Semata Untuk Tujuan Pelancongan
Sumber: Business Insider

Walaupun kawasan di sekitar jambatan ini masih belum dibangunkan, ramai yang menjangkakan akan berlakunya kesesakan lalu lintas kerana keluasan jambatan ini hanya boleh memuatkan satu kenderaan sahaja untuk melaluinya dalam satu-satu masa. Bayangkan kalau kereta rosak di tengah jalan, apalah nasib mereka yang nak melalui jambatan tersebut.

BACA: Choluteca Bridge, Kisah Jambatan Yang Dibina Gah Tapi Menjadi Sia-Sia