
Pelajar Tadika Di Korea Utara Wajib Belajar Selama 90 Minit Subjek Kehebatan Kim Jong-un
Wajib Belajar Selama 90 Minit Subjek Kisah Kehebatan Kim Jong-un.
Semua orang tahu, Korea Utara dikenali sebagai sebuah negara komunis yang paling digeruni di dunia. Negara ini telah diperintah selama tujuh dekad oleh keturunan Kim bersama Parti Pekerja Korea.
Pelbagai arahan dan peraturan yang tidak dijangka dibuat kepada rakyatnya. Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak prasekolah di sana kini diwajibkan untuk mengikuti mata pelajaran Pendidikan Agung (Greatness Education) yang menceritakan mengenai kehebatan pemimpin negara itu, Kim Jong-un.
Sebelum ini, kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun di sana hanya perlu mengikut kelas ‘Pendidikan Agung’ selama 30 minit setiap hari. Pelajar-pelajar ini mempelajari mengenai datuk dan ayah Kim Jong-un.
Namun, di bawah pemerintahan Jong-un, kandungan kurikulum diubah dengan menceritakan mengenai perjalanan hidup Jong-un ketika berusia lima tahun, dia seorang anak yang bijak, gemar membaca dan menaiki kapal layar.

Lapor Daily NK yang berpusat di Seoul melaporkan, arahan itu datang daripada adik perempuan pemimpin itu, Kim Yo Jong.
Memetik sumber Awani, mata pelajaran yang mula diperkenalkan pada 25 Ogos lalu itu antara lain adalah untuk memupuk kepercayaan dan kesetiaan kepada kepimpinan Korea Utara dan perlu mempelajarinya selama 90 minit pada setiap hari.
Sebelum ini dilaporkan, Jong-un bakal ‘berkongsi kuasa’ dengan adiknya, Yo-jong yang akan mengawasi urusan am termasuk bertanggungjawab dalam hubungan dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).
Perkhidmatan Risikan Kebangsaan (NIS) di Seoul mendedahkan keputusan untuk memindahkan lebih banyak kuasa kepada wanita berusia 32 tahun itu jelas menunjukkan beliau sebagai pemimpin de facto kedua di Pyongyang.
Bagaimanapun, Jong-un masih memegang kuasa mutlak untuk menentukan sebarang keputusan.
Ini antara sistem pemerintahan yang dianggap menyekat kebebasan rakyat di Korea Utara yang pernah kami kongsikan:
BACA: Kim Jong-un Paksa Rakyat Korea Utara Serah Anjing Peliharaan Bagi Atasi Masalah Kekurangan Makanan
BACA: Penduduk Korea Utara Berdepan Hukuman Mati Jika ‘Kantoi’ Tonton Drama Korea Selatan
Trending now



