Kisah Tular Kanak-Kanak Pakai Maskot Untuk Sara Keluarga Ini Pasti Bakal Buatkan Anda Menangis 2

Kisah Tular Kanak-Kanak Pakai Maskot Untuk Sara Keluarga Ini Pasti Bakal Buatkan Anda Menangis

Kisah tular kanak-kanak pakai maskot untuk sara keluarga ini pasti buatkan anda menangis.

Gambar seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dalam maskot watak Tom dalam filem animasi terkenal Tom and Jerry yang tular di media sosial menimbulkan rasa kasihan dalam kalangan netizen.

Video yang dimuat naik seorang pengguna Instagram @rhmadii  itu memaparkan kisah tular seorang kanak-kanak yang sedang duduk melepaskan penat selepas menghiburkan orang ramai di kawasan Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan, Indonesia.

https://www.instagram.com/p/CEXxUxwpGaj/

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Rehan itu memberitahu beliau terpaksa melakukan kerja tersebut bagi menampung perbelanjaan keluarganya yang susah.

Pendapatan yang diperoleh ibunya hasil daripada melakukan pelbagai pekerjaan hanya cukup untuk membayar rumah sewa mereka. Sekiranya ada lebihan, ianya sekadar cukup untuk membayar yuran sekolah beliau. Manakala pendapatan yang diperolehi Rehan cuma sekadar cukup untuk membeli sekampit beras.

Kisah Tular Kanak-Kanak Pakai Maskot Untuk Sara Keluarga Ini Pasti Bakal Buatkan Anda Menangis 1
Sumber: @rhmadii_

Biarpun gembira dapat membantu ibunya tetapi Rehan mengakui perjalanan 10km dari rumah ke jalan tersebut amatlah memenatkan.

Memilih untuk mula berjalan dari awal pagi atau sebelum waktu subuh untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu petang beliau akan pulang ke rumah untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.

BACA: Tinjauan Dapati Kanak-Kanak Malaysia Sudah Mula Merokok Seawal 8 Tahun

Baru berusia sembilan tahun, tapi beban tanggungjawab yang beliau tanggung hampir sama seperti orang dewasa. Namun kerana kesusahan hidup, semuanya terpaksa diharungi biarpun penat.