Berbasikal Mati Pucuk

Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Seseorang Mati Pucuk

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belakangan ini, aktiviti berbasikal semakin menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai mula berminat dengan aktiviti ini yang menjadi salah satu perkara baik untuk kesihatan tubuh badan.

Selain itu, berbasikal juga merupakan satu riadah yang memberi kebaikan dalam aspek rohani. Jadi, golongan ini ada yang sanggup berbelanja lebih RM35,000 hanya untuk sebuah basikal.

Ya, memang banyak manfaat berbasikal seperti membantu badan membakar kalori, meningkatkat kesihatan jantung, meningkatkan ketahanan mental dan fizikal seseorang,

Namun, di sebalik manfaat itu semua terselit kebimbangan yang sememangnya perlu diberi perhatian sewajarnya iaitu masalah kebas.

Anda pasti pernah merasai pengalaman apabila duduk terlalu lama, biasanya akan menyebabkan kebas pada bahagian celah paha atau kemaluan. Biasanya masalah ini berlaku apabila berbasikal atau menunggang motosikal.

Menerusi Public Health Malaysia, ia berpunca daripada tempat duduk basikal atau motosikal.

“Jika kita duduk di kerusi biasa, berat kita disebarkan pada kedua-dua punggung kita dan kerusi tidak akan menekan pada bahagian tengah punggung, yang dikenali sebagai perineum.

“Namun pada sesetengah basikal atau motor, tempat duduknya menirus dan memberikan tekanan pada bahagian perineum.

“Di bahagian inilah terletaknya saraf dan salur darah berhubung dengan bahagian zakar dan klitoris. Kecederaan saraf dan salur darah ini boleh menyebabkan mati pucuk samada pada jangka masa pendek mahupun panjang,” tulis Public Health Malaysia.

Berbasikal Mati Pucuk
Sumber: Twitter

Jadi, apakah cara untuk mencegahnya? Berikut antara enam cara yang boleh dijadikan panduan buat orang ramai:

1. Pastikan basikal sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

2. Pastikan tempat duduk selaras dengan ketinggian.

3. Elakkan badan ke hadapan semasa berbasikal.

4. Pilih padding yang lembut.

5. Jangan sesekali menghala tempat duduk ke atas.

6. Pilih tempat duduk yang lebar.

Bukanlah untuk menakutkan mereka yang sudah tertarik dengan aktiviti berbasikal ini, tapi perlu pastikan pentingnya aspek keselamatan bagi mengelak risiko kecederaan dan berlakunya kemalangan yang tak diingini.

Tapi, baru-baru ini kecoh juga dengan isu penunggang basikal di jalan raya sehinggakan pihak JPJ perlu masuk campur bagi menanganinya secara holistik.

BACA: JPJ Mula Masuk Campur Selepas Banyak Isu Melibatkan Geng Basikal