Tragedi Bawa Tuah, Manusia Kalkulator Kongsi Detik Dikurniakan Kelebihan Luar Biasa Selepas Kemalangan 3

Manusia Kalkulator Percaya Kelebihan Mengira Dengan Pantas Adalah Kurniaan Lepas Tragedi Kemalangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Digelar sebagai ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’, seorang lelaki dari India, Neelakhantha Bhanu Prakash membuka kisah ajaib memiliki kelebihan luar biasa iaitu mampu mengira dengan laju tanpa menggunakan kalkulator.

Dalam hal mengira, kepantasan pemuda berusia 21 tahun itu mengira disamakan seperti kepantasan Usain Bolt di litar larian sehingga pernah muncul sebagai johan dalam Kejohanan Dunia Pengiraan Mental Sedunia di Mind Sports Olympiad (MSO), London.

Tragedi Bawa Tuah, Manusia Kalkulator Kongsi Detik Dikurniakan Kelebihan Luar Biasa Selepas Kemalangan
Sumber: The Week

Membuka cerita bagaimana beliau mampu mengira dengan begitu pantas, Neelakhantha percaya kemalangan yang berlaku ketika berusia lima tahun adalah punca kepada kebolehannya kini sehingga berjaya digelar sebagai manusia kalkulator.

Menurut Neelakhantha, kemalangan basikal yang ditunggangnya  dilanggar sebuah bas menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 70 jahitan.

BACA: PUBG Disekat Tiada Masalah, Pemain Tegar Di India Boleh Main FAU-G Atau Versi Klon PABJE

Diperkenalkan dengan permainan silang kata dalam tempoh pemulihan dan beralih kepada sempoa, keluarganya langsung tidak membenarkan beliau untuk memandang cermin kerana tidak mahu semangatnya hilang selepas kejadian tersebut.

Tragedi Bawa Tuah, Manusia Kalkulator Kongsi Detik Dikurniakan Kelebihan Luar Biasa Selepas Kemalangan 2
Sumber: Kompas

‘Berterima kasih’ kerana tragedi tersebut membawanya hingga tahap ini, beliau yang juga merupakan graduan Kolej St Stephen, New Delhi berkata setiap hari beliau akan memperuntukkan satu jam untuk latihan mengira secara berterusan.

“Ibu bapa saya diberitahu bahawa kemampuan kognitif saya mungkin akan terjejas. Jadi saya mula belajar mengira supaya otak saya sentiasa sibuk – salah satu cara untuk bertahan.”