Cubaan pesawat perisik Amerika Syarikat menyamar jadi pesawat Malaysia cabar kedaulatan negara.
Pakar China mendakwa sebuah pesawat perisik milik tentera Amerika Syarikat (AS) telah menggunakan kod transponder untuk menyamar sebagai pesawat dari Malaysia secara elektronik sewaktu mengintip pangkalan tentera China di Laut China Selatan.
BACA: Binaan Kubu Tanda Kedegilan Luar Biasa China Tuntut Kawasan Laut China Selatan
Menurut laporan tersebut, badan pemikir kerajaan China, SCS Probing Initiative berkata pihak mereka mengesan pesawat RC-135W mematikan transpondernya sejurus berlepas dari pangkalan udara Kadena di Pulau Okinawa pada jam tiga pagi 9 September lalu.
>>>Suspected US Surveillance Plane in Disguise as a Malaysian Plane.
On Sep 8, USAF RC-135W (#AE01CE) departed #Kadena for a #SCS mission. Later on the same route appeared a "Malaysian Plane"(#750548), which entered the SCS and patrolled intensively between #Hainan and #Paracels. pic.twitter.com/2dfVy4844n— SCS Probing Initiative (@SCS_PI) September 8, 2020
Dakwaan badan pemikir China terhadap pesawat yang terbang dengan corak lumba antara Pulau Hainan dan Pulau Paracel yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan itu telah menimbulkan rasa bingung penganalisis pertahanan dan dasar luar kerana disifatkan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.
Nombor Mode-S Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang disiarkan transponder onboard adala AE01CE sebelum tiba-tiba berubah menjadi 750548, nombor ICAO untuk pesawat Malaysia yang tidak diketahui.
Penganalisis kanan di Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS), Thomas Benjamin Daniel berkata penafian tersebut dikeluarkan beliau adalah kerana Amerika Syarikat dengan jelasnya mahu menunjukkan kehadirannya di rantau ini.
Dan sekiranya Amerika Syarikat mahu membuat penerbangan bagi mengumpul makumat atau rondaan tanpa menarik perhatian, mereka lebih daripada sekadar mampu dan kawasan tersebut juga merupakan kawasan yang diketahui sebagai kawasan operasi mereka.
Menyifatkan penerbangan tersebut sebagai salah satu kebebasan operasi navigasi (FONOP), Daniel berkata operasi kapal dan udara FONOP adalah untuk mencabar perkembangan mereka yang melihat tuntutan maritim China yang berlebihan.
Menurut bekas felo Research for Social Advancement, Lam Choong Wah, dasar Amerika Syarikat yang lantang dengan jelas menunjukkan mereka mahu mempertahankan kedudukan dominan mereka di Pasifik Barat dan tidak selesa sekirnaya ianya dicabar oleh mana-mana pihak.
Susulan dengan itu, beliau menyarankan agar kerajaan Malaysia mengemukakan protes terhadap Amerika Syarikat dan memulakan siasatan kerana sekiranya benar ianya merupakan penghinaan kepada kedaulatan Malaysia.