Penyanyi Lagu Zumba Popular ‘Poco Poco’ Meninggal Dunia

Penyanyi Lagu Zumba Popular ‘Poco Poco’ Meninggal Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Asal ada sahaja acara zumba atau senaman, pastinya lagu Poco Poco nyanyian penyanyi dari negara seberang, Yopie Latul tidak akan ditinggalkan.

Meraih populariti luar biasa dengan lagu Poco Poco pada tahun 1995 hingga kini, Yopie disahkan telah meninggal dunia pada Rabu lalu selepas disahkan positif wabak COVID-19 di Rumah Sakit Medika Cibinong, Jawa Barat.

Mendiang yang berusia 65 tahun mula memasuki dunia nyanyian pada tahun 1982 dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu tidak mengalami sebarang gejala yang menunjukkan tanda dijangkiti.

Dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum Pondok Ranggon, Jakarta Timur semalam, upacara pengebumian dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyanyi Lagu Zumba Popular ‘Poco Poco’ Meninggal Dunia 1
Sumber: Koran Seruya

Sebelum ini, salah seorang pelakon suara animasi Pokemon, Kumiko Okae turut disahkan meninggal dunia akibat daripada dijangkiti wabak COVID-19.

BACA: Pelakon Suara Animasi Pokemon Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Mendiang yang juga merupakan pengacara terkenal di Jepun meninggal dunia selepas mengalami gejala demam panas teruk dan terpaksa menggunakan bantuan daripada alat pernafasan.

Tambah memburukkan keadaan, Okae menghidap penyakit kanser payu dara yang menyebabkan sistem imunnya lemah selepas menjalani terapi radiasi.

Memulakan kerjaya lakonan di stesen TBS Television iaitu Omitsu pada tahun 1975, beliau amat dikenali dengan suara sebagai Jenny dalam filem Pokémon: Lucario and the Mystery of Mew (2005).

Turut menyumbangkan suara sebagai Elina dalam animasi klasik The Dog of Flanders dan Naoko dalam The Cat Returns, Okae juga dikenali sebagai pengacara berita pagi Hanamaru Market dari tahun 1996 hingga 2014.