Spider-Man Mengaji

Kanak-Kanak ‘Spider-Man’ Belajar Mengaji, Siap Berkopiah Lagi!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kanak-Kanak ‘Spider-Man’ Belajar Mengaji, Siap Berkopiah Lagi!

Anak-anak ialah anugerah terindah dan harus dipupuk kearah kebaikan sejak awal. Antara didikan yang perlu dibiasakan ialah mengaji. Pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa agar anak lebih rajin dan suka mengaji.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Herman Sudil telah memuat naik beberapa gambar anaknya yang sedang belajar mengaji daripada guru mengajinya.

Gelagat anaknya yang berusia enam tahun yang sedang belajar mengaji, lengkap memakai kostum adiwira Spider-Man dengan berkopiah, menerima pelbagai reaksi netizen.

Menurut Ustaz Herman yang juga seorang usahawan berkata, anaknya Aiman Khayr perlu memakai baju Melayu dan berkopiah ketika kelas mengaji, sama seperti kanak-kanak lain.

Namun disebabkan Aiman Khayr tidak sihat, sakit kaki selain tidak ke sekolah kelmarin, kanak-kanak itu meminta untuk memakai kostum Spider-Man untuk ke kelas mengaji.

Spider-Man Mengaji
Sumber: FB

Ujarnya, guru mengaji Aiman Khayr, Ustaz Ariff Termidi Al-Hafiz juga amat memahami jiwa kanak-kanak dan amat penyabar.

Spider-Man Mengaji

“Bukan mahu mengajar anak adab mengaji memakai pakaian seperti itu, tetapi saya hanya meraikan dia kerana sakit, namun masih sanggup belajar mengaji,” jelasnya selepas gambar anaknya berkostum Spider-Man mendapat perhatian netizen.

Menerusi Harian Metro, kanak-kanak tersebut juga kerap memakai kostum adiwira lain seperti Iron Man, Captain America dan Black Panther.

“Ketika belajar solat sendirian, Aiman Khayr juga pernah memakai kostum adiwira lengkap berkopiah.

“Pada saya, Aiman Khayr dalam proses belajar sama seperti kanak-kanak lain yang lebih tekun melakukan sesuatu sekiranya mereka minat.

“Aiman Khayr suka watak adiwira kerana mahu melindungi mama dan adik perempuannya. Katanya, adiwira mempunyai sifat suka menolong orang yang dalam kesusahan,” katanya.

Sehubungan dengan perkongsian yang tular, rata-rata netizen memberi reaksi positif dengan mengatakan gelagat Spider-Man cilik itu comel selain adiwira perlu pandai mengaji dan menjadi anak soleh.

Sumber: Harian Metro, Herman Sudil

BACA: Rezeki ‘Petai Parker’ Makin Laris Sejak Pakai Sut Spiderman