Kisah Jutawan Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai 5

Kisah Jutawan Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah jutawan yang pernah beli syarikat LOTUS secara tunai. Nama Tan Sri Yahaya Ahmad (1947-1997) bukanlah satu nama asing dalam dunia perniagaan.

Beliau yang popular pada tahun 90-an pernah menjadi bualan ramai apabila berjaya membeli syarikat Lotus secara tunai. Pembelian tersebut dilakukan selepas orang putih di Lotus tidak percaya dengan kemampuan beliau untuk membeli Lotus.

Kisah Jutawan Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai 4
Sumber: Reuters

Beliau yang merupakan pengasas DRB-HICOM mendapat jolokan Car Czar Malaysia mula berjinak dengan dunia automobil pada tahun 1981 selepas pelancaran kereta Proton Saga dan dilantik menjadi Pengerusi DRB-HICOM pada 1 Januari 1994.

BACA: Proton Perdana Milik Tun M Ditemui Dalam Satu Bangunan Terbengkalai Di UK

Menerusi DRB-HICOM, Tan Sri Yahaya berjaya menguasai syarikat pengeluar kereta nasonal Proton.

Pada Oktober 1996, Proton melalui Tan Sri Yahaya telah mengambil kawalan terhadap Lotus sebelum ianya diambil alih oleh Pengarah Urusan, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dengan Tengku Mahleel Tengku Ariff.

Kisah Jutawan Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai 2

Pada tahun 1997, beliau yang juga bersahabat baik dengan Anwar Ibrahim (pada ketika itu bergelar Menteri Kewangan Malaysia) telah menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya bandar Kuala Lumpur dengan menubuhkan bas Intrakota yang menyediakan laluan khas untuk kenderaan awam.

Terkenal dengan ‘kesempoian’ beliau yang tidak mementingkan protokol, Tan Sri Yahaya selalu menunggang sendiri motosikal kapcai milik beliau meredah kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur.

Namun pada 2 Mac 1997, beliau bersama isterinya, Rohana Othman telah disahkan meninggal dunia selepas helikopter peribadi yang dinaiki keduanya meletup semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu menziarahi ibu Mandak Omar di Marang dan terhempas di Kampung Jerasang, Sungai Tamar, Kuala Lipis, Pahang.

Terhempas dari ketinggian 2,900 meter di kebun berhampiran dengan kawasan perumahan di Kampung Atong, Jerangsang kira-kira 40km dari Kuala Lipis, juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas turut terkorban dalam kejadian yang dikatakan berpunca daripada masalah enjin.

Kisah Jutawan Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai

Kronologi kejadian:

Kedua jenazah dibawa pulang ke Terengganu pada 4 Mac 1997 dan dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam di Marang.

Kisah Jutawan Yang Pernah Beli Syarikat LOTUS Secara Tunai 1

Untuk pengetahuan anda, helikopter dengan enam tempat duduk itu baru dibeli dan merupakan model tercanggih yang dikeluarkan pembuat pesawat Agusta dari Itali menyebabkan ramai berspekulasi mengenai tragedi nahas ini.