MP Kudat Padam FB

MP Kudat Padam Status Facebook Selepas Pertahan Dakwaan Veveonah Menipu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

MP Kudat Padam Status Facebook Selepas Pertahan Dakwaan Veveonah Menipu.

Selepas mempertahan tuduhan bahawa pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin menipu ketika menjawab peperiksaan di atas pokok menerusi video YouTubenya yang tular, Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri dilihat telah memadam kenyataannya itu di Facebook.

Menerusi hantaran yang begitu panjang lebar itu, beliau mendakwa dirinya dan pegawai telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan sedimikian.

Jelas Abdul Rahim, ibu bapa Veveonah sudah terlalu lama tidak tinggal di kampung Sepatalang seperti didakwa Ketua Kampung Sepatalang, Elwin Madisa dan Ketua Kampung Bilangau Besar, Edward Upak di Daerah Pitas, Kota Marudu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan I berkata, Veveonah dan keluarganya tinggal menetap di pekan Pitas yang mempunyai perkhidmatan internet dan tidak ada rumah di kampung Sepatalang seperti yang didakwa.

“Oleh itu, macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampung Sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas,” katanya mengulangi dakwaan Veveonah sengaja bertindak sebegitu kerana mahukan perhatian dan publisiti.

Malah, beliau yang juga penyandang Ahli Parlimen Kudat untuk empat penggal sejak tahun 2004 itu mendakwa dirinya telah membuat siasatan terhadap seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS.

Pensyarah itu memberitahunya pada ketika itu tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa selain pihak universiti membenarkan pelajar tinggal di kampus jika tiada jaringan internet.

Justeru, MP Kudat mengesyaki Veveonah mungkin mempunyai motif tertentu menerusi video tularnya.

MP Kudat Padam FB

MP Kudat Padam FB

Terdahulu, nama Veveonah kembali menjadi hangat selepas isu dakwaannya itu pertama kali dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

BACA: Dituduh Menipu Untuk Publisiti, Veveonah Diminta Saman Timbalan Menteri KKMM

Veveonah yang merupakan pelajar Asasi Sains dari UMS menafikan kenyataan timbalan menteri terbabit dan berkata dia sememangnya sedang menduduki peperiksaan ketika memanjat pokok berkenaan.

Veveonah berkata video tularnya itu turut mendapat pengesahan pihak institutnya iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sumber: The Star