
Dituduh Menipu Untuk Publisiti, Veveonah Diminta Saman Timbalan Menteri KKMM
Dituduh menipu untuk publisiti, Veveonah diminta fail saman kepada Timbalan Menteri KKMM.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah mencetuskan kemarahan ramai apabila mengeluarkan kenyataan berunsur tuduhan terhadap pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang tular selepas videonya menjawab peperiksaan di atas pokok disebarkan secara meluas.
Rakaman video pelajar UMS didakwa terpaksa panjat pokok untuk dapat capaian internet bagi menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah sebenarnya sekadar dilakukan hanya bertujuan hiburan dan menaikkan 'viewer' rancangan YouTubenya-Timbalan Menteri pic.twitter.com/HvuxU1SUOW
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 3, 2020
Zahidi dalam kenyataan di sidang perbahasan di Dewan Negara semala mendakwa beliau (Veveonah) sengaja menipu untuk publisiti bagi ‘melariskan’ saluran YouTubenya. Kata Zahidi, pihak beliau mendapat maklumat pada hari kejadian tiada peperiksaan yang berlangsung.
BACA: ‘Dah Semak, Tiada Peperiksaan Semasa Video Tular Veveonah Atas Pokok’ – Timbalan Menteri SKMM
Beberapa jam kemudian, Zahidi secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Veveonah di atas tuduhannya di dalam Dewan Negara dan akan membuat pembetulan di Dewan negara pada Isnin nanti.
https://www.facebook.com/DatukZahidiZainul/posts/177056630589202?__cft__[0]=AZXBxO4I_Iaif5AI37YBaPTIrQUcqIYVAxfPFEcnEDG5onA_UVqUHMTkvrE9K41AGL1O9JK6XKgwmhAnsmwQWXKOAc1rfIRvWtoNdfy3A2ZzANUegkbh_-PXGWz_tPHxCswqkSaq1g9sJOMhsxPtYfCYgYYaPUTHQCAgcVd42z43Dg&__tn__=%2CO%2CP-R
Meninjau laman Facebook beliau, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa marah dan terkilan kerana tuduhan Zahidi tidak berlandaskan kepada perkara yang benar; tidak selari dengan fokus Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mahu menyampaikan fakta yang benar dan tepat kepada masyarakat.
BACA: Pelajar Sabah Ini Perlu Luangkan Masa 24 Jam Atas Pokok Demi Jawab Peperiksaan ‘Online’
Susulan itu juga, ruangan komen Facebook beliau dibanjiri dengan komen-komen yang menyuruh Zahidi meletakkan jawatannya kerana telah mencemarkan misi organisasi.

Menjawab pertuduhan dan permohonan maaf tersebut, Veveonah menjelaskan jujurnya beliau agak sedih dan kecewa kerana kali ini beliau tular dalam impak yang tidak baik.
Mengakui komen negatif di media sosial memang menyakitkan, Veveonah memberitahu beliau memaafkan dan tidak menyimpan dendam kepada mereka yang memberi komen berbaur penghinaan kepadanya selama ini.
https://www.facebook.com/veveonah.mosibin/posts/171565737796709
Malah ramai rakan sekelas yang tampil menyokong Veveonah menyelar tindakan terburu-buru Zahidi dalam mengeluarkan tuduhan dengan memuat naik tangkap layar jadual peperiksaan.
Tolong jangan cepat percaya sangat dengan fitnah2 ni okay. Veveonah was one of my batchmate for Asasi UMS. Memang betul kami ada exam from 9 June – 12 June 2020. She posted her video on 13 June after finish her exam. Apa bukti kamu ada sekarang mau tuduh dia? pic.twitter.com/AZvRhwYyBT
— crhxyan_smiley (@crhxyan) September 3, 2020
https://twitter.com/syasyasyzwn_/status/1301452042787930114
https://twitter.com/CuzItsHanii/status/1301476807451918336
Dituduh menipu, ramai juga yang menyuruh agar Veveonah menfailkan tindakan saman malu terhadap pihak yang terlibat kerana menyebarkan berita dengan maklumat tidak tepat dan mencemarkan nama baik beliau.
Harap Veveonah saman menteri mintak gaji dia 6 bulan
Ada jawatan menteri pun nak tindas pelajar. Dah la tak membantu, fitnah pelajar lagi burukkan nama orang.
— Luqman Pro Exam 🇵🇸🏴 (@luqmannyamiin) September 3, 2020
Sial punya menteri dengan pegawai menteri. Main tuduh je. Veveonah pelajar asasi UMS kot. Walaupun takde exam, dia masih perlu jawab assignment n kuiz.
Cmne lah dia nak face kawan kawan dia bila menteri cakap benda cmni in public.
Harap dia saman menteri ni.
— A_Im 🇲🇾🌺 (@A_ImTweets) September 3, 2020
https://twitter.com/nxrsyxhadaa/status/1301714537901481984
Kawan2 Veveonah ..pls advise Veveonah to saman all this fella big amount.
— Maia | (@jauresea) September 3, 2020
https://twitter.com/xMiranaaa/status/1301685741496406017
I dont know like if Veveonah can make saman malu because this is way too ignorant https://t.co/z4dyDcCPbz
— ♠Marliz💎|| (@CrimsonRose96) September 3, 2020
Harap Zahidi ambil ikhtibar atas apa yang berlaku.
Trending now



