
Hero Tembakan Rambang Masjid Christchurch Kongsi Detik Kejar Pengganas Tanpa Sebarang Senjata
Hero tembakan rambang masjid Christchurch kongsi detik kejar pengganas tanpa sebarang senjata melainkan hanya dengan sebiji terminal kad kredit.
Sesi perbicaraan terakhir mengenai kes jenayah tembakan rambang yang dilakukan oleh Brenton Tarrant di dua buah masjid di Christchurch, New Zeakand pada minggu lalu menyaksikan pertemuan pertama empat mata antara Tarrant dengan ahli keluarga mangsa yang terkorban.
BACA: Pertama Kali Bersemuka Dengan Keluarga Mangsa, Riak Wajah Pengganas Christchurch Tiada Rasa Bersalah
Hasil perbicaraan tersebut, Tarrant mencatat sejarah apabila menjadi individu pertama yang disabitkan kesalahan sebagai pengganas dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.
Dalam perbicaraan tersebut, ahli keluarga berkongsi ucapan dan perasaan mereka kehilangan orang tersayang sekelip mata tanpa diduga. Tidak dilupakan juga, mahkamah menjemput hero yang membantu menyelamatkan lebih ramai orang awam daripada ditembak secara melulu.

Abdul Aziz Wahabzada, 49 tahun dari Afghanistan yang baru dua tahun berpindah ke New Zealand selepas menetap selama 25 tahun di Australia yang turut berada di lokasi kejadian bercerita kembali situasi getir yang tidak mungkin beliau lupakan sepanjang hidupnya itu.
Beliau yang pada ketika itu berada di kawasan pintu masuk masjid berlari keluar menuju ke arah Tarrant dengan hanya menggunakan terminal kredit kad sebagai senjata.
“Saya ternampak sebuah kereta di kawasan jalan dengan seorang lelaki memakai pakaian askar lengkap berada dekat di lokasi. Apabila saya bertanyakan siapa kamu, beliau memandang ke arah saya dan mencarut.
Pada ketika itu beliau sedang mengeluarkan sejata lain daripada keretanya selepas senjata sebelum ini kehabisan peluru dan dibuang. Dalam keretanya terdapat beberapa lagi senjata automatik.”
Melihatkan Tarrant bukan seperti seorang askar tetapi hanyalah pengganas dengan senjata api, Abdul Aziz kemudiannya melemparkan terminal kad tersebut kepada beliau tetapi berjaya dielak.
https://www.facebook.com/ilmfeed/posts/2715125828756129?__cft__[0]=AZWdkRcvIoc5mJ1X_fMb7NsA-yp9iPLlGh0zmNKiwsc2j6gMFeAtxRfPMRGwxcA8SZ3E6NqaxaiOnoW66LP6xmcC-jSmWwM9OayKWvUdextrf094yvkmKt9o7HWp_ns1c82MLDC3qSr-6sWM259p_LZ1xLgkrCrGAvvgUXTHYs_GxATx5p8yBiJOAAdkA-pOawY&__tn__=%2CO%2CP-y-R
Tanpa tangguh, Abdul Aziz memanggil pengganas tersebut bagi mengalihkan perhatian beliau supaya lebih ramai jemaah yang hadir ke masjid tersebut terselamat daripada menjadi mangsa seterusnya terkorban.
Namun pada awalnya ia tidak berjaya kerana Tarrant terus menuju masuk ke masjid sebelum keluar semula selepas kehabisan peluru dan sempat melakukan satu tembakan kepada Abdul Aziz sebelum berlari ke arah kereta bagi mendapatkan bekalan peluru.

Melihat pada peluang yang ada, Abdul Aziz dengan beraninya mencampakkan senapang yang sudah kehabisan peluru ke arah cermin kereta Tarrant.
Mungkin kerana menyangkakan keretanya ditembak oleh seseorang yang bersenjata api, Tarrant kemudiaannya tergesa-gesa masuk semula ke keretanya sebelum bergerak meninggalkan kawasan sambil dikejar Abdul Aziz yang berlari.
“Saya tak takut. Seseorang tak perlu takut kepada orang yang lain. Saya hanya takut kepada Tuhan Yang Menciptakan Segalanya.
Jadi saya berjaya tunjukkan kepada beliau (Tarrant) bahawa kami tidak takut kepadanya. Sebaliknya beliau yang takut kepada kami. Atas sebab itu jugalah beliau melarikan diri walaupun saya mengejarnya tanpa apa-apa senjata di tangan.”
Tonton video penuh di pautan bawah.
Sumber: DW
Trending now



