Selepas 92 Tahun Exxon Terkeluar Daripada Pasaran Saham Dow 1

Selepas 92 Tahun Exxon Akhirnya Terkeluar Daripada Pasaran Saham Dow

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas 92 tahun, Exxon akhirnya terkeluar daripada pasaran saham Dow.

Sudah tersenarai dalam pasaran saham Dow sejak 1928, syarikat yang pernah disenarai sebagai yang paling bernilai di dunia, Exxon kini mengejutkan dunia kerana bukan lagi dalam pilihan senarai Indeks Perindustrian Dow Jones sejak Isnin (24 Jun) lalu.

Dengan pengeluaran tersebut, secara tidak langsung menunjukkan bahawa sektor tenaga bukan lagi menjadi tumpuan Amerika Syarikat dan Dow Jones.

Digantikan dengan syarikat teknologi iaitu Salesforce, pengeluaran Exxon merupakan petanda sektor tenaga semakin digantikan dengan sektor teknologi.

Keadaan diburukkan lagi dengan wabak pandemik OCVID-19 yang melanda dunia. Malah sejak pengeluaran Exxon daripada pasaran Dow, sahamnya jatuh sekitar 3% pada keesokan hari.

Penggantian syarikat minyak tunggal, Chevron dalam pasaran Dow memberikan tamparan hebat buat Exxon. Sekitar Mac lalu, ketika saham Amerika Syarikat mengalami penyusutan, pasaran Exxon menurun sehingga 40% berbanding Chevron yang hanya sekitar 28% sahaja.

Selepas 92 Tahun Exxon Terkeluar Daripada Pasaran Saham Dow

Berbeza dengan Exxon yang mempunyai integrasi menegak, posisi Chevron yang lebih straightforward sebagai pengeluar minyak dengan pengaruh operasi yang tinggi terhadap harga komoditi.

Tahukah anda, kekayaan Mark Zuckerberg kini setaraf Jeff Bezos dan Bill Gates?

BACA: Nilai Kekayaan Mark Zuckerberg Kini Setaraf Bill Gates Dan Jeff Bezos

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook (FB), Mark Zuckerberg kini sudah pun memegang status centibillionaire susulan daripada pelonjakan saham selepas pengumuman akan melancarkan saingan kepada aplikasi TikTok.

Dengan peningkatan itu, Mark kini berada dalam senarai Centibillionaire Club (individu yang memiliki nilai kekayaan bersih melebihi USD100 bilion) yang mana turut menamakan pengasas Amazon, Jeff Bezos dan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates.

Sumber: CNBC, Ringgit