25 Tahun ‘Jamah’ Suami Dengan Sihir, Lihat Pengakhiran Wanita Ini 1

25 Tahun ‘Jamah’ Suami Dengan Barang Kotor, Pengakhiran Hidup Wanita Ini Cukup Menyeramkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

25 tahun ‘jamah’ suami dengan barang kotor, lihat pengakhiran hidup wanita ini.

Dalam masyarakat Melayu, ilmu kebatinan yang juga dipanggil sebagai ilmu guna-guna sering digunakan bagi tujuan yang pelbagai.

BACA: Rumah Dipercayai Milik Pengamal Ilmu Hitam Diselongkar, Lihat Apa Yang Ditemui

Biarpun zaman semakin maju, teknologi semakin membangun, masih ramai yang menggunakan sihir sebagai pengantara untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

25 Tahun ‘Jamah’ Suami Dengan Sihir, Lihat Pengakhiran Wanita Ini

Di laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai amamijan membuka satu kisah benar yang mana seseorang itu telah menggunakan ilmu hitam sepanjang lebih dari 20 tahun sebagai pengajaran kepada semua.

Seorang wanita kampung yang tidak bekerja telah berkahwin dengan seorang askar. Hanya menggalas jawatan suri rumah tangga, pasangan ini kemudiannya dikurniakan dengan dua orang anak selepas dua tahun bersama.

Selepas dua tahun, si suami terpaksa bertugas ke luar negeri. Nak dijadikan cerita tersangkut dengan seorang wanita Siam. Sejak daripada perkenalan tersebut, si suami tidak balik ke rumah selama 25 tahun.

Anak-anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Status perkahwinan dengan isteri pertama masih berkahwin.

Isteri kedua kawal segala harta si suami. Tak lama kemudian, si suami sakit strok dan diminta isteri pertama jaga.

Tak lama selepas si suami sihat, isteri kedua pula seakan mengalami strok. Anak-anak dari isteri pertama dan isteri pertama yang tolong jagakan isteri kedua.

Semasa isteri kedua terlantar sakit, jeritan ‘PANAS PANAS’ sering dikeluarkan. Sedangkan kipas sudah dilajukan.

Bila panggil ustaz, benda pertama yang ditegur adalah bau busuk. Rupanya selama 25 tahun berkahwin, isteri kedua telah gunakan macam-macam untuk tundukkan si suami.

Segala benda yang kotor-kotor diberikan pada si suami.

Pengakhiran hidup yang sengsara.