Siak Cilik Rindu Surau

Si Cilik Ini ‘Curi-Curi’ Bersihkan Surau Kerana Rindu Sejak Tak Dapat Hadir Disebabkan PKP

Si cilik rindu bersihkan surau.

Menurut Bayan Linnas Siri 63: Masjid Dan Kanak-Kanak, sejarah telah membuktikan bahawa kanak-kanak telah dibawa ke masjid untuk diajarkan ibadah solat serta pembelajaran ilmu.

Bahkan kanak-kanak perlulah di bawa ke masjid semenjak kecil supaya perasaan cintakan masjid serta cintakan solat berjemaah dapat dipupuk lebih awal dalam diri mereka.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, banyak aktiviti sosial tidak dapat dijalankan termasuklah aktiviti ibadah di masjid dan lain-lain tempat ibadah.

Walaupun sudah diberi sedikit kelonggaran, masih ada segelintir umat Islam khususnya tidak dapat meneruskan aktiviti menunaikan solat di rumah Allah seperti biasa hingga terdetiknya perasaan rindu dengan suasana beribadah di situ.

Itulah yang dirasai oleh kanak-kanak berusia 7 tahun ini, yang meminta ayahnya untuk dibawa ke surau di kawasan kediaman mereka.

Muhammad Asrafil Naufal Mohd Rafi digelar ‘siak cilik’ tidak dibenarkan menjalankan ‘tugasnya’ sejak PKP untuk membendung COVID-19 atas faktor usia, menurut sumber.

Bapanya, Mohd Rafi Ali, 46, berkata, anaknya bongsunya itu merengek mahu ke surau biarpun tidak dibenarkan bersolat bersama kerana bimbang keadaan surau tidak terurus.

Kata bapanya, Muhammad Asrafil secara sukarela bertindak seperti siak membersihkan sekitar dalam surau, menyapu dan membuang sampah atau mengelap habuk di seluruh kawasan surau tetapi tidak dapat menjalankan ‘tugasnya’ sejak lima bulan lalu.

“Sejak berusia dua tahun, dia sudah biasa mengikut saya ke surau dan masjid tetapi sejak 18 Mac lalu, dia hanya berada di rumah, selain ke sekolah.

“Jemaah surau pun sering bertanya kerana Naufal memang mesra dengan jemaah namun keadaan tidak mengizinkan untuk datang,” katanya.

Siak Cilik Rindu Surau
Sumber: BH

Sudah dua hari Naufal ‘curi-curi’ membersihkan kawasan di sekitar surau untuk melepaskan rindunya kerana sudah lama tidak hadir.

Kata ‘tok siak cilik’ ini, dia hanya dibenarkan oleh bapanya untuk datang membersihkan surau sebaik jemaah pulang ke rumah.

Kanak-kanak itu berharap COVID-19 segera berakhir dan dapat mengikut bapanya ke surau atau masjid, sekali gus menunaikan solat berjemaah.

Kanak-kanak contoh

Timbalan Pengerusi Surau AlHijrah, Abdul Fatah Zakaria, berkata Muhammad Asrafil Naufal ialah kanak-kanak contoh kerana rajin ke surau dan membuat kerja amal tanpa disuruh.

“Sejak kecil dia datang ke surau ini lengkap berserban dan boleh melaungkan azan jika tiada bilal tetapi paling istimewa, dia sanggup buat kerja ‘siak’ tanpa disuruh,” katanya.

BACA: Tak Puas Hati Dihalau Dari Saf Pertama, Kanak-Kanak Ini Tekad Hantar Surat Tegur Pengerusi Surau