Menghampiri PRN, Gambar Perkampungan Pulau Sabah Penuh Sampah Tarik Perhatian Netizen 4

Menghampiri PRN, Tular Gambar Perkampungan Laut Sabah Yang Dipenuhi Sampah

Menghampiri PRN, gambar perkampungan laut di Sabah yang dipenuhi sampah tarik perhatian netizen.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh 26 September sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan hari mengundi awal pada 22 September depan.

Menghampiri tarikh PRN, pastinya calon-calon sudah menetapkan strategi kempen mereka untuk tempoh 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 25 September depan.

Akan tetapi timbul pula satu isu baharu iaitu timbunan sampah di kawasan perkampungan di pulau-pulau Sabah. Antara yang ditularkan adalah keadaan di kawasan perkampungan Pulau Gaya.

Bukan sekadar di Pulau Gaya, pulau-pulau lain seperti di kawasan Sandakan dan Semporna juga dikatakan mengalami masalah yang sama. Asalkan ada perkampungan pulau.

Pulau-pulau di Sabah menjadi tarikan pelancong domestik dan luar negara kerana keindahan alam semula jadinya.

Bukan setakat itu, kepelbagaian budaya menjadikan Sabah sebagai satu tarikan destinasi yang wajib dikunjungi buat pencinta alam.

Menghampiri PRN, Gambar Perkampungan Pulau Sabah Penuh Sampah Tarik Perhatian Netizen 2
Sumber: @AidaActually
Menghampiri PRN, Gambar Perkampungan Pulau Sabah Penuh Sampah Tarik Perhatian Netizen 1
Sumber: @AidaActually

Namun kerana sikap sesetengah pelancong yang tidak bertanggungjawab; suka membuang sampah di merata-rata tempat menyebabkan lokasi pelancongan ini menjadi lubuk sampah. Masing-masing mengharapkan penduduk tempatan untuk membersihkan sisa sampah mereka.

Menghampiri PRN, Gambar Perkampungan Pulau Sabah Penuh Sampah Tarik Perhatian Netizen
Sumber: @AidaActually
Menghampiri PRN, Gambar Perkampungan Pulau Sabah Penuh Sampah Tarik Perhatian Netizen 3
Sumber: @AidaActually

Isu sampah di kepulauan Sabah ini bukanlah satu isu yang baharu. Jika ditanya pada penduduk tempatan, mereka mendakwa ianya sudah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu sehinggakan panorama ini seakan menjadi kelaziman dalam kehidupan mereka.

Terdahulu, Filipina seakan semakin menekas Malaysia apabila dengan beraninya meletakkan negeri Sabah di dalam peta negara mereka dengan alasan ianya sudah mendapat kelulusan daripada pihak Negara Asia Tenggara.

BACA: Negeri Sabah Dapat Kebenaran Untuk Dimasukkan Ke Dalam Peta Filipina