Kucing Pikachu

Kucing Berbulu Kuning Menyerupai Pikachu, Gambar Terkininya Tarik Perhatian Ramai

Kuning bukanlah warna asli bulu seekor kucing, tetapi sering kita lihat animasi si comel ini didatangkan dengan pelbagai warna dan kita tahu mustahil dalam dunia realiti warna bulu kucing seperti itu.

Namun, ia sememangnya menjadi realiti apabila baru-baru ini tular gambar seekor kucing berbulu kuning menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen yang melihat gambar itu menyamakan dengan satu karakter animasi kegemaran zaman kanak-kanak iaitu Pikachu.

Difahamkan, bulu kucing berkenaan berwarna kuning kerana dilumur dengan kunyit bagi merawat jangkitan kulat seperti yang didakwa.

Diketahui, bahawa gambar kucing yang tular itu rupanya berasal dari Thailand. Menurut sumber, pemiliknya Thammapa Supamas yang melakukan rawatan melumurkan dengan kunyit untuk merawat jangkitan kulat di badan kucingnya.

Terhibur dengan rata-rata komen netizen yang melihat kucingnya seperti Pikachu, Thammapa kemudian memotret ciri-ciri karakter Pokemon itu terhadap kucingnya.

Sebuah laman Facebook Thailand telah memuat naik gambar kucing itu dengan menambah filter tompok merah pada bahagian pipinya bagi menampakkan ia seakan Pikachu. Menerusi perkongsian tersebut, ia sekali lagi menjadi tular dan telah mendapat lebih tiga ribu perkongsian.

Kucing Pikachu
Sumber: FB

Kucing Pikachu

Melihat keadaan kucing itu, ramai yang tertanya adakah kunyit selamat digunakan untuk mengubati lukanya?

Kunyit secara semula jadi penuh dengan sifat anti-radang dan telah digunakan selama berabad-abad dalam perubatan Timur untuk merawat kulit, saluran pernafasan atas, sendi, dan gangguan sistem pencernaan.

Sekiranya ingin menggunakannya pada haiwan kesayangan anda, berhati-hatilah dengan bahan tambahan dalam serbuk kunyit yang sedia ada kerana kurang sesuai digunakan.

Sebelum ini, pernah tular gambar seekor gajah dilumurkan seluruh anggota badannya dengan serbuk kunyit. Haiwan-haiwan di Zoo Negara jika sakit kulit akan menggunakan kunyit.

Tetapi menjadi persoalan adakah selamanya kucing itu berbulu kuning atau kembali ke warna asal?

BACA: Cubic Cats – Siri Animasi Kucing Pertama Tempatan Untuk Pencinta Si Bulu