
Terpengaruh Dengan Drama Korea, Kulinari Indonesia Hasilkan Soju Versi Halal
Usahawan Kulinari Indonesia Cipta Soju Versi Halal.
Lebih sedekad lalu, pengaruh Korea di negara ini masih kurang berbanding Jepun yan pada ketika itu cukup diminati dalam kalangan masyarakat.
Hinggakan jenama-jenama terkenal Korea seperti Samsung dan LG masih belum mampu menyaingi produk jenama Jepun. Begitu juga pengaruh artis-artis Korea yang mana kemunculan mereka di televisyen kurang menarik minat penonton berbanding artis mahu pun drama Jepun.
Namun begitu, keadaan semakin berubah apabila hari ini pengaruh Korea mula menjadi ikutan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Bermula dari hiburan, fesyen, solekan, hinggalah ke budaya masyarakat Korea menjadi fenomena baharu kepada dunia hari ini.
Penggemar drama Korea pasti sudah terbiasa melihat para pelakonnnya menunjukkan adegan bersama hidangan terkenal Korea sama ada dari makanan berat hinggalah makanan ringan mereka.
Melihat adegan yang memaparkan makanan sahaja sudah membuatkan kita berasa ingin tahu bagaimana rasa kelazatan yang mereka pamerkan.
Jika diamati, salah satu minuman yang sering dipamerkan ialah soju iaitu minuman beralkohol yang paling popular di sana. Ia boleh didapati di mana-mana dan dijual pada harga serendah satu dolar.
Dalam drama Korea, soju mesti diminum bersama makanan tradisi mereka seperti tanpanya, tidak lengkaplah hidangan tersebut.
Disebabkan gemar dan terpengaruh dengan drama Korea, seorang usahawan kulinari dari Bandung menggemparkan Indonesia dengan mencipta soju versi halal.
“Idea tercetus kerana sering menonton drama Korea, ingin mencuba makanan dan minuman yang ada dalam drama,” kata pencipta Mojiso, Sovi.
Tambah Sovi, minuman Mojiso itu tidak seperti soju di Korea kerana bahannya 100 peratus berbeza yang membuatkannya halal.
Sebotol Soju mengandungi alkohol sebanyak 17 hingga 20 peratus dan diperbuat daripada nasi, gandum atau kentang.
“Ada banyak makanan Korea yang halal yang saya sudah cuba. Namun, saya belum mencuba minuman mereka,” katanya.
Setelah mengetahui resipi mojito (minuman koktail) dari rakannya yang memiliki kafe, Sovi kemudian bereksperimen dengan resipi soju. Dia telah mengembangkan beberapa rasa, termasuk yoghurt, laici, teh hijau dan strawberi.
Setelah berpuas hati dengan produknya, Sovi mula memasarkan hasil ciptaannya bersama rakannya yang memiliki kedai makanan dalam talian, Warung Mini Ummik Project.
Minuman tanpa alkohol yang dinamakan sebagai Mojiso digambarkan sebagai ‘Korean sparkling water’ dijual sepeti botol Soju. Dikhabarkan, jualan minuman itu mendapat respon positif dan semakin berkembang.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah memuat naik artikel mengenai produk minuman yang menyerupai arak. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh ke pautan ini.
Sumber: The Jakarta Post
Trending now



