Kim Jong-un Dilapor Koma, Korea Utara Kini Diperintah Yo-jong

Kim Jong-un Dilapor Koma, Korea Utara Kini Diperintah Yo-jong

Jika dahulunya pemimpin diktaktor Korea Utara, Kim Jong-un berdepan dengan kontroversi meninggal dunia selepas menjalani pembedahan kardiovaskular, kali ini beliau dikatakan sedang berada dalam keadaan koma.

Menurut sumber The Korea Herald, ianya adalah berdasarkan kenyataan daripada seorang bekas pembantu presiden Kim Dae Jung iaitu Chang Song Min yang bekerja sebagai setiausaha hal ehwal politik.

Menerusi hantaran di laman media sosial, Song Min mendedahkan tiada pemimpin Korea Utara yang akan mempercayai orang lain sewenang-wenangnya melainkan mereka terlalu sakit untuk memerintah atau disingkirkan melalui rampasan kuasa.

Walaupun Dijangka Lebih Kejam Dari Abangnya, Kim Yo-jong Tetap Disanjung Kerana Kecantikannya 1
Sumber: The Star

Beliau yang mendakwa mendapat maklumat Jong-un koma daripada sumber di China menjelaskan pelan peralihan kuasa belum dibentuk menyebabkan adik perempuan Jong-un iaitu Kim Yo-jong dibawa ke depan untuk mentadbir.

Spekulasi ini adalah berdasarkan sudah lama Jong-un tidak tampil di khalayak umum seperti dulu.

Kali terakhir beliau membuat kemunculan umum adalah ketika mempengerusikan mesyuarat parti pada 11 April dan memotong reben sempena pembukaan kilang baja pada 2 Mei.

Namun kesemuanya didakwa sebagai palsu oleh Song Min.

Sebelum Jong-un dilantik sebagai pewaris kepimpinan, beliau berada ‘setaraf’ dengan adiknya; sama-sama menerima publisiti dan promosi semasa ayahnya, Kim Jong-il memimpin.

BACA: Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meninggal Dunia

Seorang Dekan di Universiti Korea, Nam Seung Hyun menjangkakan kepimpinan Yo-jong hanya mampu bertahan sekitar setahun lebih sebelum digulingkan oleh sstem kepimpinan kolektif seperti yang berlaku selepas kematian Stalin, pemimpin Kesatuan Soviet dan kematian Mao Zedong, Pengerusi Parti Komunis China pada satu ketika dahulu.